sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Sunday, March 15, 2009

Wanita Memilih Lelaki Mengikut Kekilatan Kasutnya

Rakan aku Nordin sedang menceritakan kisah dia berjumpa dengan teman wanitanya, Liz pada kali pertama
"Kau cuba bayangkan bai, antara semua orang yang tengah kejarkan dia kat bank tu,ada yang handsome, ada yang muka macam James Franco, ada juga kaya- raya macam Michael Jackson, tapi aku tak tahu kenapa dia pilih aku untuk date malam tu," kata Nordin sambil menjamu selera chocolate gateau selepas hidangan makan malam disediakan oleh aku. Dia telah kerap kali memberi aku hadiah jika dia ke Paris untuk bekerja, jadi roast poussin sebagai tanda terima kasih hanya boleh aku berikan.

"Michael Jackson tak kaya dah brother, dia dah jual Neverland," aku membalas secara sarkastik.

"Haha! Pandai kau melawan eh Kwai, tapi conclusion yang aku nak bagitahu kau ni, pasal kenapa dia pilih aku, kau nak tahu tak dia jawab apa,?"

"Disebabkan kasut aku yang paling kilat sebab tu dia pilih aku sebagai teman lelaki-nya dan juga loan untuk perniagaan perabot aku di Singapura. Liz pernah berkata bahawa ayah dia pernah nasihat dia tentang lelaki yang selalu mengilap kasut-nya sebelum keluar dari rumah. Bapak dia kata lelaki yang selalu menjaga kasutnya mempunyai sifat- sifat cermat, berdisiplin, taat dan juga sensitif. Tapi masalahnya, kasut aku berkilat bukan sebab aku mengilap malam tu, sebab kasut tu baru brother!,"

"Aduh! jadi sampai sekarang si Liz tu layan temberang kau. Baik dia telefon aku dulu," 

Nordin memukul bahuku sambil kita bergelak ketawa sehingga ke lewat malam.

0950 di tempat kediamanku, sepuluh hari selepas perjumpaanku bersama Nordin
Tak-ku sangka. Aku buka pintu rumahku dan kelihatan sebuah parcel dari Paris. Aku membuka dengan tidak sabar dan kelihatan satu kotak pengilap kasut yang paling cantik dari jenama GOYARD. Di dalam kotak tersebut tertulis satu mesej yang berbunyi;

"Bukan untuk menyindir kadar kekilatan kasut kau, tapi aku teringatkan kau apabila berada di kedai ini. Harap hadiah ini berguna bagi kau. Nordin"

Aku tersenyum sahaja dan berasa amat bertuah mendapat rakan dan juga seorang abang angkat seperti Nordin. Aku berdoa agar dia sentiasa berjaya dan murah rezeki dalam perniagaannya. Fikir balik, ayah-ku selalu mengilap kasutnya sehingga kilat sebelum pergi ke pejabat. Tetapi aku lain, sejak kebelakangan ini kasut trainer dari jenama COMMON PROJECTS dan VISVIM pilihan-ku untuk ke tempat kerja.

Baiklah, esok aku akan ke studio dengan kasut kulit PIERRE HARDY aku dan memastikan ia bekilat dan berkilau sehingga waktu malam...kerana waktu malam cerita lain. Sekian guys.

0845 Subang Jaya dan sedang bersarapan pagi,
Kwai

1 comment:

Unknown said...

kasut kilat checked!
pewangi kasut checked!
new socks checked!
sabahan chick checked!
Christian chikc checked!

hurm..kalau ibunda beta tau sure beliau sedih.. -.-'

Pemantau