sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Friday, March 13, 2009

My Mind Blowing Addiction

1933 L'apartement KLCC

Wow. malam semalam sungguh menyeronokkan. Koleksi koleksi pragawati abang saufi memang lah mengancam. Ada seorang model dari russia yang bernama Marina Potemkin tetapi menetap di Stockholm, Sweden dan kini menimba ilmu di UIA, Gombak. Sememangnya beliau membuat mata ku ranjau dan terpukau bagaikan aku sedang menonton Melissa Saila ketika beliau berlakun dalam cerita "Cili Padi".

Oleh kerana beliau nampak "matured" dan bukan awek calangan, aku ingin mencuba "tactic" baru untuk "men-nackle" cik Marina. Aku pun bergegas ke 7 eleven berdekatan dengan kedai simpang empat di bukit bintang. Aku bertanya dekat kakak yang kerja di 7 eleven sana dengan "accent" orang putih yang aku dapati setelah belajar di Melbourne selama 7 bulan. Aku bertanya "thu oraite ther lov, av u got any Sahib in this store ayyy?". Si kakak ini pun terus mengambil satu botol vodka Sahib dan menyuluh lampu "laser" merah ke atas "barcode" botol itu.

Sejurus kemudian, aku pun lekas bergegas ke McDonald disebelah 7 eleven tersebut dan berjumpa dengan kawan sejagat aku ketika bersekolah di SMK Seaport dahulu. Aku meminta nya kertas bungkus cokelat yang selalunya digunakan untuk membungkus "french fries" sebagai sarung penyorok vodka yang ku beli ala ala cerita orang western.

Aku pun berlari kembali ke Pulse dan mencari Marina. Kelihatan beliau sedang bersembang sembang dengan rakan rakan sejawat nya. Sambil duduk di bar aku pun mengulung rokok "Golden Virginia" yang aku beli sewaktu aku makan Sushi di Sushi King Subang Parade bersama Ibunda ku.

Tiba tiba bau harum seperti bau pewangi yang aku belikan untuk Fanny 4 bulan lepas. Jika tidak silap pewangi "Elizabeth Arden Sunflowers". Mata kami bertentang dan aku bertanya kepadanya, sama ada beliau sudah menetap lama di bumi Malaysia ini? Kata nya baru dua bulan. Aku dengan "confident-nya" mengajak Si Marina ini keluar dari Pulse dan kita berambus dari kelab pakcik pakcik tua ini. Dia tanya, mahu kemana? Aku dengan matang nya menyelak jacket double breasted aku dan mengangkat botol vodka sahib yang ku beli tadi.. dia hanya bergelak ringan ringan kepada gambar sahib di atas label botol tersebut sambil mengata "u so sweet"...

yang selanjut nya, hanya tuhan sahaja yang tahu...

SPASIBA


2004 Taman Bahagia

Jack Lingam

2 comments:

Kwaidan Tarmizi said...

jack, keep up the good job with that girl
remember safety first!

hilda said...

gaupklsahib..
vodka paling murah dan tasteless..

Pemantau