sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Tuesday, March 10, 2009

Kepentingan Madu, Bermadu dan Berbulan Madu

Orang Arab dan Parsi menggelakkan kepada rakan mereka yang mempunyai seorang isteri sahaja
Aneh, tapi benar. Aku pernah ke Doha untuk mengunjungi rakan- rakanku di sana. Apabila sedang minum teh di sebuah lobi hotel eksklusif, kawanku Ahmed memberitahukan kepadaku akan cerita ini, dan dia sendiri terkejut melihat sekumpulan Arab dan Parsi itu menggelak terbahak-bahak kepada rakannya yang mempunyai seorang love of his life sahaja. Sebenarnya, tujuan aku mengunjungi Doha bukan hanya untuk berfoya- foya, tetapi Ahmed ini baru sahaja berkahwin dan kebetulan isterinya, Sofia merupakan seorang gadis yang aku perkenalkan kepadanya. Mutual friends.

"Ahmed, tahniah brother! Walaupun kau keluar dari bulatan Playboys namun kau salah satu individual yang paling aku hormati. Jadi, macam mana berbulan madu di Zurich minggu lepas?" Aku bertanya

"Zurich amat menyeronokkan. Percutian itu berjalan dengan lancar. Tetapi, kau tahu mengapa orang panggil bulan Madu atau honeymoon?" soal Ahmed.

"Ia bermula di Ancient Persia dan apabila seseorang berkahwin, satu komuniti tersebut akan menghadiahkan pasangan baru itu madu berbotol- botol selama sebulan. Mereka berpendapat bahawa madu merupakan afrodisiac yang amat padu kepada lelaki dan perempuan dan madu juga merupakan ubat untuk kesihatan fizikal dan hati. Jadi Honeymoon bererti pemberian madu sehingga bulan penuh, iaitu sebulan," jelas Ahmed lagi.

"Oh begitu rupanya. Lebih baik begitu kerana bulan lepas rakan kami Johan berkahwin dan sebulan dia benci akan mendapati hadiah perkakas dapur! Sekarang rakan kita mempunyai enam ketuhar mikro!"

Kami bergelak lalu membuat cheers bersama Moscow Mule kami.

2345 Kuala Lumpur, dua minggu kemudian
Setelah pulang, lalu aku menceritakan kepada rakan- rakan PMT tentang kepentingan madu dalam hidup kita. Keputusannya menakjubkan. Razali berasa libido-nya bertambah apabila menukar gula putih kepada madu dalam teh-nya. Nokman pula berasa segar selepas melakukan hubungan sulit dengan Reesa dan ingin melakukan beberapa pusingan dalam satu malam. Dan aku...aku sememangnya memiliki gelaran abang marathon daripada Susan....dan juga Nina...dan juga Vivian..dan juga Kelly..dan juga Rosmah....oh my.Sekian guys.

0050 Putra Heights,
KT

3 comments:

Zulfadli Zainal said...

aku cuba madu.

Faisal Zakaria said...

haha.
KT - self-proclaimed marathon man

brothers in arms,
i am ending my single life this saturday.
wish me luck.

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Orang Arab dan Parsi menggelakkan kepada rakan mereka yang mempunyai seorang isteri sahaja... betul ka?

sila layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

banyak cerita menarik.

Pemantau