sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Wednesday, March 11, 2009

Kerap Kali Ia Bergantung Kepada Strategi



Okay, aku bawa si dia ke rumah pada pertama kali, apakah dalam fikirannya selepas satu sesi dijalankan?
"Ini cabaran buat kau brother. Dia telah minat akan gaya dan penampilan kau, dia berasa selesa dengan perwatakan kau, dia setuju untuk ke apartment kau dan pejam-celik pejam-celik mata kau, sesi telah dijalankan dan waktu menunjukkan baru masuk tengah malam. Aku tahu perasaan kau, perasaan kau yang khuatir, keliru dan gementar apa perkataan yang akan dikeluarkan dari mulutnya. Semestinya I have feelings for you merupakan ayat yang terakhir dalam minda kau sekarang," jelas Badri, seorang rakan sekerjaku.

"Begini-lah brother. Senang cerita, diorang nak apa yang kita nak, jadi sebab itu diorang ikut lelaki balik ke rumah. Betul tak? Diorang punya tahap nafsu sama level macam kita lelaki," jelas Badri lagi.

"Option yang paling berkesan adalah kejujuran. Selepas ada sesi, kau lepak ngan si dia, dan bagitahu apa objektif kau, dan aku syorkan kepada kau yang dia akan beri pandangan dia juga. Tak tipu kau, aku sumpah. Sebab aku pun ada masalah tu pada waktu dulu. Kerap kali bro, ia bergantung kepada strategi,"

Aku senyum sahaja lalu menyahut kepada waiter untuk bil makanan tengah hari kita. Tak sangka Badri betul- betul seorang yang optimistik dalam hal ehwal dilemma budaya kami ini. Aku gembira juga kerana salad nicoise yang dihidangkan di restoran ini agak sedap.

1451 Di pejabat aku
Aku membuka e-mel dan bergelak tawa seorang diri. Badri telah memberiku klip lucu yang menunjukkan gelagat Barney dalam rancangan How I Met Your Mother. Dia juga menghantar aku satu mesej yang bertulis "Ingat cakap aku, strategi itu amat penting."

Badri, Badri. Kau dalam lingkungan 40-an tetapi masih tidak berubah. Fikir balik, mempunyai sebuah apartment seperti Barney adalah satu langkah yang ekstrim. Saya pilih kejujuran instead. Sekian guys.

0345 Kuala Lumpur dan masih belum tidur,
Kwai

3 comments:

Zulfadli Zainal said...

kau berbunyi sangat playboy.

Nik Michael Imran said...

salad nicoise di alexis?

hilda aziz said...

hmmmm...aku tak rasa ianya bergantung kepada strategi..cukup dgn layanan lembut dan respect kepada perempuan dah cukup untuk buat mereka menyerah..

Pemantau