sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Friday, March 20, 2009

Ku Mencari Si Tukang Jahit Idaman Tanah Air (Bab 1)


Semua orang tahu akan kegawatan ekonomi, dan ayat cash is king merupakan prinsip hidup kita
Aku perlukan two piece blazer dengan tidak membakar dompet-ku. Aku membuka laman web MEN.STYLE.COM dan melihat segala jenis suit yang dipamerkan oleh pereka- pereka antarabangsa. Antara kegemaran-ku termasuk pereka ADAM KIMMEL, MARTIN MARGIELA dan juga UNITED ARROWS. Semestinya produk- produk berjenama ini mahal dan tidak dapat dicari di tanah air, lalu aku berfikir, dimanakah akan-ku cari tempat yang boleh, bukan meniru, tapi mempunyai kemahiran dan craftsmanship seperti jenama- jenama antarabangsa. Aku hairan kenapa tukang- tukang jahit tanah air tidak begitu inovatif akan fit dan keseimbangan sebuah jaket terhadap badan seseorang.

Memang-lah mereka berpengalaman dalam bidang jahitan pakaian lelaki, dan teknik- teknik mereka amat cekap, tetapi jika aku melihat rakyat-ku, abang- abang Melayu lain memakai suit, aku tertanya mengapa mereka tidak kelihatan begitu segak seperti lelaki- lelaki di New York atau Paris memakai suit mereka. Misalnya, minggu lepas aku berjumpa seorang kawan ayah-ku bernama Encik Fikri, dan ingin tertawa akan pemakaian-nya. Bentuk kot-nya begitu "kotak" apabila dia memakai-nya sehingga dia kelihatan agak gemuk berbanding dengan saiz asal-nya. Bahu-nya kelihatan begitu luas dan bentuk seluar-nya pula membuat Encik Fikri tidak berlutut. 

Lebih- lebih lagi, baru sahaja 15 minit kami berjumpa, Encik Fikri sudah berpeluh bagaikan seorang peserta di London Marathon.

Sebagai seorang di dalam industri kreatif, aku menyelidik kesalahan- kesalahan pembuat suit di Malaysia dan cara seorang pemakai suit memakai-nya.

Blazer
Ramai tidak tahu, tetapi aku rasa blazer merupakan satu pelaburan yang bagus di dalam almari seseorang lelaki. Jika kamu menggunakan blazer untuk bekerja, aku syorkan supaya memilih warna yang biru tua/pekat hingga ke kelabu tua atau cair. Jangan sesekali menghabiskan duit untuk suit hitam. Pada pendapat aku, warna hitam hanya untuk majlis- majlis formal sahaja dan jika suit hitam tidak bekualiti tinggi,anda akan kelihatan antara seorang receptionist di sebuah restoran dan seorang bodyguard untuk seorang presiden.

Jenis blazer pula, aku pilih single breasted two button sebagai pilihan yang selamat dan lapel yang sederhana saiz-nya. Terdapat kebanyakan rakyat Malaysia memakai jenis single breasted three button dan aku bingung akan ke-tidak sedaran mereka memakai blazer sebegini dan kelihatan agak "kotak" dari segi bentuk badan mereka. Blazer jenis single brested one button juga pilihan yang bagus, kerana boleh di-kasualkan bersama seluar denim dan kasut kasual, tetapi untuk orang yang berani memakai dan yakin akan cara memakainya. Ada yang memakai blazer dengan tiada keyakinan diri sehingga membuat mereka kelihatan memakai blazer yang baru dicuri tadi. Aku tidak langsung syorkan jenis blazer double breasted lagi- lagi jika di pakai di negara kita ini. Ia hanya dapat memanaskan kamu dengan lebih cepat dan kerap kali kamu akan rimas membutang penuh blazer tersebut sehingga kelihatan "gedebeh", bak kata mama-ku.

Bagaimana pula dengan bentuk dan fit? Oleh kerana negara kita amat panas, tukang- tukang jahit seharusnya memikir faktor ini. Sebagai seorang pereka, satu langkah atau cara kita berfikir adalah untuk mereka sesuatu yang boleh menyenangkan atau menggembirakan seseorang. Jika membuat sejenis bentuk blazer sahaja seumur hidup tanpa memberi cabaran untuk mengemaskinikan pakaian tersebut mengikut citarasa pelanggan dan peredaran zaman, ini merupakan sifat seorang pereka yang tidak lengkap.

a) Kain
Semestinya harus-lah menggunakan kain atau mengsyorkan kain- kain yang sesuai dengan cuaca kita. Misal-nya kain linen atau cotton. Kebanyakan tukang- tukang jahit tanah air ingin mempamerkan kepada pelanggan- pelanggan kain yang mahal yang merupakan kain wool yang dikategorikan seperti super 100s, super 120s, super 140s dan sebagainya untuk keuntungan para pereka sahaja. Pereka- pereka antarabangsa seperti KILGOUR dan RICHARD JAMES telah mengeluarkan blazer- blazer untuk musim panas dan masih kekalkan faktor elegance jika pemakai tersebut ingin memakai pakaian tersebut di acara- acara yang formal.

b)Bentuk blazer
Malaysia merupakan kadar rakyat overweight yang paling tinggi di Asia Tenggara. Ini merupakan masalah yang agak besar dan berita yang agak mengecewakan bagiku. Sebelum aku mencari jalan untuk menghapuskan masalah ini, kita boleh menyembunyikan masalah tersebut dengan pemakaian yang tidak menonjolkon kadar obesiti seseorang. Blazer tersebut harus-lah direka pendek sedikit supaya tidak merendahkan paras ketinggian seseorang ( Lelaki tanah air, termasuk aku tidak dianugerahkan ketinggian berbanding dengan lelaki- lelaki lain). Lengan lelaki Melayu juga harus dipertikaikan, oleh itu, bentuk armhole di blazer tersebut haruslah ditinggikan supaya bentuk badan mereka kelihatan lebih langsing. Blazer pula tidak sepatutnya kelihatan longgar, dan tidak sepatutnya kelihatan sendat, tetapi hanya memberi ruang yang tipis untuk pergerakan. Mesti-lah, seseorang lelaki tidak akan melakukan kegiatan aktif apabila memakai suit, kecuali beliau James Bond atau seorang yang bekerja sebagai detektif.

Akan bersambung, segmen ini terdapat beberapa bab jadi harap bersabar.

1629 Putra Heights,
Kwaidan Tarmizi






4 comments:

Saiful Nizam Kassim said...

Smart la lu Kwai.
Looking forward for the next entry!

mr. hafis said...

wow..

syuxx said...

sangat bgs entri yang ni.
sungguh berinformasi

Shaira Amira said...

armani make the best sexy suits.

Kwai, you're too kind.

I rasa tulisan you sexy.


Shaira A.

Pemantau