sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Wednesday, March 18, 2009

Tiga C Yang Boleh Memusnahkan Persahabatan


Aku ingin menenangkan fikiranku selepas penat memerah jus kreatif-ku di studio
Jadi aku pergi menikmati segelas latte dan sepotong kek victoria sponge di sebuah kafe yang berdekatan. Sambil merehatkan minda-ku yang begitu kusut dengan idea untuk projek baru,( Aku dikomisenkan untuk mereka model perpustakaan awam dan dikehendaki siap 3 minggu dari sekarang) aku membawa sebuah buku dari penulis JG BALLARD bertajuk SUPER-CANNES. Oleh kerana kafe ini tidak dikenali ramai dan bukan di kawasan kompleks membeli- belah, aku boleh membuang masa mengikut hatiku, dan tidak risau akan sesiapa yang mungkin mengenali aku, terutamanya chikaro- chikaro yang ingin aku elakkan buat sementara waktu. Pakaian aku tidak begitu kemas hari ini akibat kesibukan di studio, hanya sebuah chinos dari UNIQLO dan kemeja lengan pendek dari RAF BY RAF SIMONS. 

1530 dan masih berehat di kafe tersebut
Telefon bimbit-ku berbunyi. Rakan karib-ku Jack memberitahu kepada-ku secara cemas bahawa dia hendak berjumpa dengan-ku. Aku memberitahu Jack lokasi kafe ini dan kebetulan dia berada di kawasan ini juga.

1550 
"Brother, kau kelihatan agak resah, cuba cerita kepada aku masalah kau," kata-ku dengan nada yang agak risau.

"Kwai, I've lost it. Last night, aku bertembung dengan Mikael dan kau tahu kan betapa aku benci kat dia. Dia telah merampas kekasihku, telah songlap duit aku dua tahun lalu. Aku tak tahu apa nak buat bai. Aku ngan Mikael dulu rapat nak mampus. Orang semua gelarkan kita Tango and Cash dulu,"

Panjang cerita Jack tentang persahabatan-nya bersama Mikael dulu. Pendek cerita, mereka berjumpa di sebuah kelab malam setelah tamat universiti dan masing- masing menjadi rakan karib untuk berpesta, tetapi lama- kelamaan Mikael mengajak Jack untuk membuka sebuah perniagaan software sebagai rakan kongsi-nya. Secara tidak langsung, mereka masing- masing bertanding untuk apa-apa pun, dari golf, hingga mencari chikaro, hingga ke benda- benda remeh seperti keuntungan perniagaan dan sebagainya. 

"Kau tahukan tentang Tiga C?" aku memberitahu Jack.

"Tiga C?"

"Basically, terdapat code of conduct bernama 3C dan ini boleh membinasakan persahabatan antara lelaki,"

"Cash, Competition, Chikaro...Let me explain."

Cash
Masalah utama semua orang di dunia modern ini. Tanpa wang kita tidak akan mampu melakukan apa sahaja. Wang juga boleh menimbul-kan sifat dengki antara sahabat, lalu ada yang mula mencuri, tapi bukan mencuri macam zaman- zaman sekolah, mencuri dari segi proposal. Mula mengajak membuka perniagaan bersama lalu songlap duit rakan tanpa perasaan kemanusiaan. Aku tahu ramai di Kuala Lumpur telah mengalami kes songlap duit sesama rakan. Dan kerana duit, persahabatan 10-15 tahun hancur begitu sahaja.

Chikaro
Contoh pertama. Ingat rakan kita Sazali dulu? Dia ada teman wanita yang gila-kan perhatian hingga membuat sesuatu kes di kelab malam, tiga bulan dahulu. Teman wanitanya tahu Sazali dan Joe kawan rapat, lalu chikaro pemusnah tersebut cuba flirt-flirt dengan Joe tanpa pengetahuan Sazali. Little did you know, Joe ingat Sazali dan awek-nya sudah putus, tetapi tidak, awek itu sengaja memainkan satu test kepada Joe dan one thing led to another, Sazali dan Joe berkonfrontasi di kelab malam PULSE. Sekarang Joe dan Sazali tidak berkawan dan that bitch pula, kata- kata orang sedang skandal dengan seorang DATUK di PUTRAJAYA.

Competition
Gabungan antara kedua- dua di yang aku sebutkan, pertandingan semestinya punca musnah sebuah persahabatan. Pendek cerita, kamu ingat tak Freddie dan Chris dulu? Dua-dua nak bukak bisnes jual kereta, tak pasal- pasal diorang sabotage dan fitnah satu sama lain dengan client- client diorang. Chris naik angin, sebab Freddie fitnah secara keterlaluan, dan mereka bertumbuk sampai berdarah brother! Padahal Chris ngan Freddie tu graduate sama- sama dulu, family friends semua. Sekarang mahu nak bercakap? Memang tak-lah

Jadi Jack, prinsip aku, aku bahagikan antara persahabatan dan rakan perniagaan. Tengok-lah, rakan- rakan perniagaanku jauh berbeza dengan aku. Mereka gemar akan hobi- hobi yang lain, tapi satu benda aku suka tentang diorang, diorang semua family man. Perbualan diorang mesti ada kaitan dengan anak atau isteri mereka. Dan mereka selalu jugak nasihat supaya aku slow down dengan perangai-ku.

Rakan PMT, tetap PMT dan taat kepada prinsip-prinsip supaya tidak menjejaskan persahabatan kita. Senang cerita, nak buat apa- apa kena-lah berwaspada dan jangan mengaitkan orang lain kalau kau nak buat benda tersebut. You reap what you sew, brother. 

1910 
Aku pulang ke rumah setelah puas berbincang dan mendengar Jack mengadu. Aku lapar pula tiba- tiba. Padahal baru sahaja aku menelan kek tadi. Hmmmmm....aku mengidam FALAFELS tiba-tiba.

"You will have problems with money chasing women, but you won't have problems with women chasing money,"

2032 Putra Heights,
Kwaidan Tarmizi

8 comments:

Von said...

great piece blad.

Bro Hitz said...

Sharp.
tapi aku tak berapa sharp dengan phrase nie:
"You will have problems with money chasing women, but you won't have problems with women chasing money"

enlightened me please

Kwaidan Tarmizi said...

@Bro Hitz

quote tu simple je bai,
you know what's priority
and what you need to focus on most.

esok luse sharp la ko.
nama ko pun cun
BRO HITZ.

amm said...

cun cun

Shaira Amira said...

damn sharp! dah agak dah one of the Cs mesti ada chikaro.

Anonymous said...

bros over hoes.

memang potong lah.
why do people like to do these type o shites?

memalukan.

frankie said...

"You will have problems with money chasing women, but you won't have problems with women chasing money"


what movie was it? mcm pernah dgr...

great piece.. cheers

mr. hafis said...

haha.
siapa origin punya 3c?

Pemantau