sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Monday, March 9, 2009

Tak Berminat Tetapi Kenapa Kakiku Bergoyang Tanda Suka?



Lewat malam bersama teman- teman karib di sebuah tempat minum eksklusif
"God damn! Aku memang tak berminat dengan si Calvin Harris ni, lagi- lagi lagu dia bergabung dengan penyanyi rap Dizzee Rascal itu," Martin berkata lalu meneguk minuman-nya sehingga habis.

"Eh! bukankah ini....Calvin Harris?" Aku menghembus asap rokok-ku sambil mendengar lagu yang dimainkan oleh DJ pada malam itu.

Martin tidak berpuas hati. Dia terus lari ke konsol DJ tersebut lalu bertanya. Kelihatan DJ, pada malam itu, seorang jejaka kacukan Inggeris mengangguk- anggukkan kepalanya kepada Martin. Martin menoleh ke arah meja kami lalu menjerit.

"Bro! Apa dah jadi, kenapa secara tiba- tiba aku menyampah kerana lagu ini dari Calvin, tapi aku rasa seperti ingin menari sepuas hati!"

Aku melemparkan senyuman, dalam hati aku, sah malam ini malam yang menggembirakan dan aku harus hantar Martin pulang kerana dia agak Lost bai!

0135 Kuala Lumpur
KT

No comments:

Pemantau