sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Saturday, March 14, 2009

Tidak Bersarapan Pagi Hanya Akan Meninggikan Kadar Kolestrol Kamu, Joe!



Aku tidak sepatutnya berpesta pada pertengahan minggu,
Tapi apa kan daya, Emily mengajak aku ke majlis harijadi-nya di apartment Binjai. Tiada apa- apa yang pernah berlaku antara aku dan dia, tetapi sudah lama aku merasakan bahawa dia antara wanita yang paling seksi di dalam phonebook aku. Pinggang-nya yang ramping dan pakaian-nya yang agak trendy, memang aku terpukau habis. Aku ke majlis Emily berpakaian kemeja dari MARNI dan seluar khaki dari MARTIN MARGIELA. Desert boots dari CLARKS tetap menjadi pilihan utama untuk majlis ini.

0315 dan baru pulang ke rumah.
Majlis punya pasal, dan aku terlupa akan sebuah temu-janji aku dengan seorang client yang agak berminat dengan hasil karya-ku pada pukul 0900. Majlis itu tidak seseronok dari aku jangkakan kerana pilihan lagu di sana yang tidak memuaskan. Lagi- lagi pilihan wanita di sana amat cetek. Hampir semua daripada-nya berpunya.

Petua untuk kembali segar pada keesokan hari.
Pelatih di gimnasium aku pernah memberi petua untuk kembali segar pada keesokan hari selepas penat berpesta pada malam sebelumnya. Minuman smoothie yang ber-protein juga amat mudah dilakukan, lebih lagi ia menyihatkan berbanding dengan sarapan- sarapan pagi di tanah air-ku. Dan buktinya jatuh kepada abang- abang pegawai pejabat di Kuala Lumpur, semuanya agak buncit, berjerawat dan suka memberi gambar- gambar ranjang kepada rakan sekerja lalu ketawa secara mengilai. Aku pula boleh risau akan kadar kolestrol mereka.

1350 selepas temujanji tersebut.
Kebetulan aku ke pasar raya di Bangsar Village untuk membeli beberapa bahan makanan sempena dinner date aku dengan Frida malam ini. Tetapi setahu aku, Frida seorang vegan jadi dan dia mahu aku kagumkan dia dengan menu yang tidak pernah aku buat selama ini. Mesti-lah aku bukan seorang vegan, dan ini merupakan satu cabaran untuk aku memenangi hatinya. Mungkin juga memenangi kunci keretanya untuk disimpan dan hanya memberi kepada si dia pada keesokan hari. This is it. Sekian guys.

1422 Putra Heights
KT 

No comments:

Pemantau