sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Friday, March 13, 2009

Jika Terjumpa Wanita Idaman Yang Berdikari, Semua Aku Akan Lupakan


Aku membelek- belek majalah GQ bulan ini di tempat kediamanku selepas penat bersenam di atas treadmill
Terdapat satu artikel yang aku jumpa tentang Frida Giannini, seorang wanita demure and elegant dan juga...seorang pengarah kreatif di Gucci. Aku terfikir, dengan keunikan wajahnya, dan kecantikan pada matanya, aku tak percaya seorang gadis seperti beliau telah memberi sumbangan yang kreatif kepada dunia ini. Tidak aku pernah jumpa seorang gadis impian di depan mataku..Well, di depan majalah, bukan di depan mataku, tapi...Dengan keunikan beliau, dia memang seorang kelemahan Playboy.

Aku boleh bayangkan wanita sebegini, harumannya tentu membuat nafas seseorang jejaka berhenti seketika, dan cara mereka duduk di depanmu ketika berada di sebuah cafe atau restoran, cara mereka memegang sudu, garpu, mahupun cara minum kopi mereka. Semestinya, semua protokol tersebut di tahap tertib dan etika yang lebih daripada sempurna. Lebih-lebih lagi apabila kau sedang berbual dengan wanita seperti Frida, cara mereka melihat kau di depan mata dengan matanya yang tajam. Dan bonus-nya, apabila mereka pegang tangan kau dan senyum sahaja selepas mendengar, dan tidak memberi apa-apa feedback, kerana kadang- kala apa yang seseorang lelaki mahukan adalah seorang pendengar sahaja, bukan seorang pendebat.

Dan pada pendapat aku, apakah kelemahan seorang PMT? Kelucuan dan Kearifan seorang wanita. Wanita yang dapat manipulate kau dan masih tersenyum apabila melakukannya, merupakan mimpi ngeri seorang Playboy. Wanita seperti Frida boleh membuatku berfikiran seperti Richard Gere di dalam bab terakhir dalam cerita yang paling berpengaruh kepadaku iaitu American Gigolo. Dasyat, tapi benar.

Tetapi di kotaku, mencari seseorang seperti Frida begitu payah, dan aku tidak menyalahkan mereka yang ber-aspirasikan sebegini. Lelaki- lelaki yang lebih tua daripada lingkungan-ku begitu kuno mentaliti mereka, dan hanya memilih lelaki untuk menjalankan tugas- tugas besar, terutamanya di syarikat- syarikat korporat. Aku tahu, kerana aku di dalam industri korporat selama tujuh tahun dahulu, dan bekas teman wanitaku Gina telah pun menceritakan pengalaman pahitnya di pejabat satu ketika dahulu. Seorang wanita yang lebih tua dan berpengalaman dariku, aku hanya boleh berkata bahawa mereka adalah hustlers. Dan aku ingin mencari seorang teman wanita hustler. Bukan hanya mendengar muzik- muzik dari artis wanita yang menyokong budaya wanita berdikari, tetapi kehidupkan mereka begitu. Jika ku terjumpa wanita sebegini, aku rasa semua yang lain aku akan lupakan.

Bagaimana pula dengan citarasa? Cuba kau bayangkan, wanita sebegini mempunyai citarasa yang begitu elit tetapi tidak angkuh dengan pengetahuannya. Dengan tenang mereka akan memilih win yang perfect apabila mereka mengajak kau menjamu selera di rumahnya dan perbualan pada waktu makan malam amat menyeronokkan mindamu. Dari artis Rothko ke Hirst, dari muzik seperti Kate Bush hingga ke Talking Heads dan juga dari pengarah- pengarah filem seperti Herzog dan Ingmar Bergman, wanita hustler tidak sesekali akan membosankan kau. Jadi jika kamu ingin memenangi hati wanita sebegini, sudah tentu DVD Step Brothers dan Pineapple Express kau harus disembunyikan. 

2240 di ruang tamu sambil menonton warta berita
Setelah puas berbual dengan mama-ku yang berada dalam keadaan sihat sejahtera, aku mendapati satu SMS yang bertuliskan

"Kwai, aku akan berada di kota selama dua minggu. It would be great to catch up. X"

Tidak percaya mataku. Aku mendapat SMS daripada Amanda, rakan karibku semenjak zaman persekolahan lagi. Amanda sekarang seorang pakar bedah plastik di United Kingdom dan begitu cemerlang dalam kareernya. Mama pun selalu memberitahuku bahawa doktor ini merupakan calon terbaik bagiku. Tetapi dia merupakan seorang rakan karib yang aku boleh meluahkan segala perasaanku dan juga memberitahu perkara baik dan burukku. Aku tidak sabar.Terdapat banyak yang aku hendak menceritakan kepadanya.

Tetapi...adakah dia wanita hustler yang mungkin menjejaskan prinsipku sebagai seorang PMT? Sekian guys.

0145 Kuala Lumpur
Kwai-T




3 comments:

mr. hafis said...

hantar penelope cruz dalam cerita vanilla sky boleh buat gua pencen jadi pmt.

POTent ingredients said...

kebetulan....cerita Step Brothers ngan Pineapple Express baru jek setel download....hehehehe

dena_r said...

kate lanphear la bai

Pemantau