sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Tuesday, March 17, 2009

Pegang Masa, Genggam Masa, Jangan Biarkan Ia Pergi



Aku termenung melihat bandar Kuala Lumpur melalui balkoni-ku
Terkenang aku pada zaman universiti sambil mendengar lagu dendangan  M WARD. Aku masih kagum akan sifatku yang tidak risau akan apa- apa jua pada zaman tersebut. Ada yang mengatakan zaman tersebut zaman gelap-ku, tetapi jika aku bandingkan dengan sekarang, aku hairan mengapa aku memupuk sifat kerisauan yang agak ketara.
Aku rasa mungkin sekarang adalah zaman gelapku.

Kerisauan hanya menyebabkan aku mengambil sesuatu keputusan dengan bertangguh, kerana khuatir akan keputusanku sama ada betul atau tidak. Kadang- kala, aku harus ada sifat gamble seperti rakan- rakan PMT-ku yang lain. Tetapi ada juga yang mempunyai perangai yang keterlaluan sehingga hilang kesedaran sivik mereka.

2005
Aku berasa amat kosong. Aku percaya semestinya ada sesuatu yang lebih istimewa dari apa yang aku ada sekarang. Aku tetap bersyukur atas kejayaan-ku, dan bersyukur dengan apa yang aku ada, bukan apa yang aku inginkin. Jadi mengapa perasaan risau dan kekosongan ini melanda?

Mungkin aku hanya boleh ikut lirik HOLD TIME dan percaya ini semua jalan cerita hidupku yang sudah tertulis. Berehat Kwai, dan tenangkan fikiran

0918 KL
Kwai

No comments:

Pemantau