sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Sunday, March 29, 2009

Menyimpul Tie


Bukan untuk membenci, tapi aku rasa aku harus melakukan sesuatu
Apabila aku sedang bermesyuarat bersama pelanggan-ku di hotel MANDARIN ORIENTAL, aku memerhatikan bahawa ramai lelaki yang tidak menyimpul tie mereka dengan betul.

Bukan untuk mengumpat, kerana sifat itu bukan dalam diriku, jadi izinkan aku mengajar?

2210 Putra Heights,
KT

Kejutan Yang Paling Istimewa


Akhirnya, aku dapat menjamu selera bersama Amanda 
Setelah habis projek-ku membina model, aku pun telah mendapat advance dari pelanggan-ku, lalu mengajak Amanda bersama-ku untuk makan malam. Secara spontan, aku memberi SMS kepada-nya dan memberitahu tentang sebuah restoran yang dirahsiakan oleh pihak umum, atas tahap ekslusif-nya. 

"Baiklah, jumpa you di sana at 8pm sharp?" kata Amanda di dalam SMS tersebut.

"Yes!," aku menjerit tanda gembira dan bergegas ke almari-ku untuk memilih baju. Aku terkejut atas lawaan-ku yang begitu mudah. Tiba- tiba telefon bimbit-ku bergetar sekali lagi tanda SMS. Amanda bertulis sekali lagi;

"Kwai, jangan buat reservation kerana I dah buat-kan,"

Wow....aku speechless. Keyakinan diri-nya menyerlah dan aku terkejut akan perbuatan-nya yang lancar. Ini agak intimidating bagi-ku namun aku hanya boleh berlakon yang semua ini biasa sahaja.

1815 di tempat kediaman-ku
Katil-ku penuh dengan baju-baju yang telah-ku cuba untuk memakai, tapi gagal dijadikan sebagai outfit malam ini. Sifat cool yang ingin-ku pupuk haram dilangsungkan. Aku menjadi agak gementar seketika, tidak-ku sangka ajakan Amanda ke makan malam boleh menjadikan-ku sebegini. 

Amanda merupakan, pada pendapat-ku "perempuan melayu terakhir", seorang gadis yang semua para PMT ingin settle down bersama-nya. Maklum-lah, dia merupakan pilihan mama, namun aku masih 24, dan gambaran aku bercincin dan memegang cahaya mata masih jauh dalam minda-ku. Tapi aku juga berfikir sampai mana akan-ku berperangai sebegini. Mungkin kerana aku melihat Dato'-Dato' atau VIP-VIP yang ingin berbini muda menjijikkan bagi-ku, jadi aku berbuat begini dan berazam akan menjadi suami soleh terakhir, dan cukup secure akan perangai-ku semasa aku bujang.

Aku menghembus nafas-ku dan menutup mata seketika, dan sebelum itu telah menyusun kemeja- kemeja dan seluar panjang-ku secara set dan bersebelahan. Aku berkata seorang diri,

"Mana aku tunjuk-kan dengan jari-ku, itu-lah yang aku akan pakai pada malam ini, tetapi aku harus memusing badan-ku selama setengah minit dan tunjuk ke arah baju-baju tersebut secara rawak,"

"Dup!!," aku terjatuh akibat memeningkan diri sendiri dari pusingan tersebut dan memilih untuk memakai kemeja dari PRADA, seluar jeans dari ACNE dan kasut kulit dari PUMA X ALEXANDER MCQUEEN.

2003
Mengikut jam tangan-ku, aku sampai di restoran tersebut agak lambat, tetapi aku yakin bahawa aku akan berada di sana pada tepat masa-nya kerana jam tangan-ku sentiasa 10 minit awal. Apabila aku masuk di dalam restoran tersebut, aku memberitahu para hostess akan nama Amanda dan jam lapan malam yang telah dibuat reservation, hostess tersebut menyuruh aku naik ke atas di ruang private dining room. Aku hairan kenapa aku disuruh naik ke atas sedangkan aku hanya ingin makan malam bersama Amanda sahaja.

Aku naik di atas dengan perasaan yang amat runsing dan tiba- tiba ku dengar jeritan

"SURPRISE, KWAI! HAPPY BIRTHDAY!!"

Aku betul- betul terkejut. Kelihatan rakan- rakan karib-ku Shaf, Jack, D, Az, Amz dan ramai lagi semeja di bilik tersebut, dan Amanda di tengah- tengah berpakaian dress off shoulder bewarna beige. Aku hanya boleh berdiri tegak dan kaku atas kejutan ini. Hari jadi-ku sebenarnya sehari yang lalu tetapi aku selalu memberitahu orang bahawa aku suka berseorang di hari jadi-ku untuk merenung dan berfikir tentang perbuatan-ku dan cita- cita-ku pada masa depan.

Dengan perasaan yang masih tergamam, makan malam bermula dan aku telah memesan hidangan mixed roast fish yang amat lazat. Sambil-ku makan, sambil-ku berterima kasih dan menanya khabar rakan- rakan-ku dan juga meminta maaf kepada mereka atas kesombongan-ku sewaktu aku sibuk bekerja.

Aku duduk bersebelahan dengan Amanda tetapi tidak sempat untuk berbual panjang atas tetamu- tetamu lain yang ingin aku layan. Kek hari jadi juga telah dianjurkan oleh Amanda dan Dila, siap bertulis "PLAYBOY MELAYU TERAKHIR". Aku hanya boleh ketawa atas perbuatan mereka dan tidak berhenti berterima kasih kepada semua yang hadir.

Apabila sedang menjamu kopi aku berbisik kepada Amanda

"Boleh-ku membayar balik dinner ini dengan dinner tetapi hanya untuk kita berdua sahaja,?"

"I'm here for the whole week so you know what to do. Glad you liked the surprise...,"

Akan bersambung

2137 Putra Heights,
Kwaidan Tarmizi

Thursday, March 26, 2009

Episode 3:Defining The Unraveling

1447, Harrods KLCC

Sesudah meeting ku berakhir bersama Tuan Eric, seorang tauke besar hydrophonics di Asia Tenggara di Dome KLCC, aku pun terus ke Harrods yang baru sahaja dibuka di KLCC. Setelah tiba, semuanya memandangku kerana kebanyakan yang datang di sana adalah makcik makcik yang ingin mencari dining ware untuk rumah masing masing. 

Meeting bersama Tuan Eric sungguh menakjubkan. Sememangnya Agro-Business sedang boom di malaysia, kekurangan tanah dan juga keinginan rakyat untuk melaburkan wang wang mereka kedalam business kelapa sawit juga menjadikan faktor kekayaan Tauke Eric. Walaupun dengan business yang berkos rendah, dan proven return on investment yang sangat tinggi juga membuat kan Tuan Eric kini mempunyai 24 bangunan kos rendah di seluruh asia tenggara. Di Malaysia sahaja dia mempunyai 4 flat cost rendah. Bangunan yang sekurang kurangnya mempunyai 15 tingkat itu semua nya bukan diduduki oleh manusia mahu pun burung layang layang. Namun, setiap rumah didalam flat Tuan Eric di penuhi dengan bekas bekas Hydrophonic.

Bayangkan betapa banyak output yang di perolehi oleh Tuan Eric dalam masa sebulan. Dengan pelaburan RM 2 juta yang di perolehi dari SME Bank pada tahun 2006, Tuan Eric terus memperolehi lot lot ITM yang dahulunya terletak di Manjung, Perak. 25 Lot 2 tingkat itu telah diperolehi dengan mudah nya. Katanya, setelah mendapat cek dari SME Bank, beliau terus ke pejabat mara dengan membawa 4 guni. Disamping itu, beliau turut membawa Letter of Intent yang masih belum ditandatangani kepada Tuan Idris Jusoh. Lawyer beliau, En Aziz Musa, salah seorang peguam top dari Azmi Associates turut mendampingi beliau.Setelah memberi tahu intention beliau, beliau terus menanda tangani LOI dan juga  Sales and Purchase agreement bersama Tuan Idris Jusoh.

2 Bulan kemudian, sayur bayam nya terus menjadi barangan yang agak hot di pasar pasar borong di seluruh Peninsular Malaysia. 12 bulan seterus nya, beliau telah men-set up kan real estate division dan sejurus selepas itu, syarikat nya terus bergerak dengan lebih agressif untuk memperolehi rumah rumah pangsa yang kurang hot di Vietnam, Thailand, Sabah dan Indonesia. Dengan size asset yang berjuta juta, syarikat beliau kini bernilai lebih dari 200 juta dollar. Yang paling best sekali, syarikat ini adalah syarikat pesendirian. 

Sedangku tengah mengunyah Scones yang ku-order tadi, tiba tiba aku mendapat SMS daripada Shaf. "Bro, daddy said I can go to Europe, but he said Italy instead of France. U kno any contacts in Italy?". Aku pun terus membalasi "yeah, I know one pengkid in Milan. Liza Marzucco. She can help. Dulu aku tolong dia angkat yau kat Granada. aku pon cnfdt yang dia boleh tlg ko bro. Can we meet up at 223 lepas maghrib?".



(akan bersambung)

1530, KLCC

Jack"ilek bai cite ni panjang lagi ah. aku nak gi makan jap nanti aku sambung kay.." Lingam





Wednesday, March 25, 2009

Antara Lagu- Lagu Untuk Menggoda Si Dia

Zeti akan datang malam ini dan semua telah aku sediakan
Dari apartment-ku yang bersih dan bebas dari habuk, lilin yang menyala tahap minimal, ikan cod yang aku masak secara penuh teliti, dipelajari dari buku chef terkemuka GARY RHODES, dan juga pencuci mulut rhubarb crumble yang-ku pelajari dari ASIAN FOOD NETWORK. Bilik air juga berkilat dari sinki ke tempat mandi, semua set- set mandian dan pencuci muka-ku disusun rapi, tiada sehelai rambut pun yang terbiar. Terdapat juga tuala kecil yang tergantung bersebelahan sinki dan juga mini mirror, untuk kesenangan Zeti jika dia mahu memperbetulkan solekan muka-nya.

1900
Zeti pun telah memberi SMS yang mengatakan dia akan ke tempat-ku dalam masa 15 minit. Semua telah-ku aturkan. Penghawa dingin di ruang tamu tidak begitu sejuk, kerana aku tahu Zeti gemar memakai pakaian yang, untuk citarasa-ku, agak risque. Aku selalu bagi-kan Zeti markah penuh untuk pakaian dalam-nya. Pakaian dalam kegemaran-ku darinya semestinya set lace bewarna ungu dari jenama MYLA.

Aku menoleh ke set audio BOSE-ku dan memasuki CD yang telah aku rakamkan lagu- lagu yang boleh membawa mood seseorang wanita ke arah yang aku hendak tujui. Antara-nya termasuk


1. Maxwell- Sumthin' Sumthin' ( Mellosmothe Cut )


Marvin Gaye-If I Should Die Tonight


Whitney Houston- You Give Good Love


Teddy Pendergrass- Come Go With Me


Aretha Franklin- Call Me


DJ Rogers- Say You Love Me


Amii Stewart- Friends

2245
Seperti-ku jangka, lagu- lagu yang-ku dendangkan telah memenangi hati Zeti. Sekarang, dia berada di bilik air untuk "menukar pakaian yang lebih selesa", iaitu pakaian dalam-nya dan bath robe aku harap. Sigh, aku bukan seorang tukang tilik yang tahu apa kegemaran seorang wanita, cuma bercerita bedasarkan pengalaman. Baiklah, bunyi pintu bilik air membuka telah-ku dengar. Sekian guys.

0032 Putra Heights,
KT

Tuesday, March 24, 2009

Episode 2: Mencari Solitude

2335 Rain, Plaza Kelana Jaya

Aku dan Shaf tidak berkata apa apa selepas dia memberitahu ku bahawa dia telah meng-shot gun Siti". Dia seperti gajah yang kehilangan anak, resah dan senyap. Tetapi gerak geri matanya tidak menentu. Sekejap pandang ke bar, sekejap memandang Joseph. Aku memberitahunya "bro, rilex kau minum lah lagi, malam ni aku belanja kau. No problem. Dulu kau juga yang tolong sort-out issue aku dengan Siti".

Shaf hanya tersenyum sambil berkata "aku pun tidak tahu mengapa aku tersangkut dengan Si Siti. Nak kata chamber besar, memang tak besar". Kita berdua pun gelak sambil mengangkat gelas Whiskey Woodford on the rocks dan melagakan gelas kami sambil menyebut Cheers.

Oleh sebab aku mempunyai temujanji bersama client client aku besok harinya, kami pun beredar dari Rain dan bergegas ke kenderaan masing masing.

2402 Parking Lot, Plaza Kelana Jaya

Tiba tiba aku mendapat secebis SMS dari Shaf. "Blad, ada zoot tak? aku rasa aku nak kena bokop la malam ni. We meet at ur hse kay?". Aku pun membalasi dengan soalan "r u sure bruv?". Walaupun aku sudah tahu reply-nya, sebagai kawan yang perihatin, aku terpaksa menanya soalan soalan sebegini. Aku pun terus memberi signal kepada tokan aku yang bernama Lionel. "chief, KOP ade? singit- Komeng". 2 Minit kemudian, Lionel membalasi SMS aku. "trafik light merah-sorry. nnt klu ade aku bgi tau kay? thanks"

Damn. Tak kan nak bagi barang aku. 

2425, Taman Datuk Harun

"Asal lama sangat?" Shaf bertanya kepada ku. Aku membalas nya dengan berkata "tokan kering, aku bagi kau satu J". "Cunz" kata nya.

Selepas aku memberi J itu kepada Shaf, aku bertanya kepada Shaf tentang situasi dengan Siti. Adalah beberapa proposal yang di proposikan. Antaranya, buat DNA test, gugurkan, dan worst case scenario kita hapuskan Siti. Aku terus gelak ringan ringan sambil berkata "are you serious?".

"Anyways, I think you need a break bruv. Talk to your daddy tomorrow and try to sort something out. Clear your head up and please make some wise decision once you are back. Aku rasa kepala kau masih lagi bercelaru dan confuse. Ini nasib baik shot gun bro, kalau kau kena STD macam Nawas lagi crack. Go to a place where you are helpless. Tempat tempat yang kau tak jumpa malaysian. Ubah sikit. London is not a good pasal sana nak dapat nasi lemak senang. Go to France ah. I recommend Paris. Cari la kerja part time buat Chocolate. I can make few phone calls if you want. Jacques and Stephanie mesti boleh tolong."

Shaf senyap sahaja. Bau arak di mulut nya masih kuat lagi. Aku bertanya "kau boleh drive ke?". Shaf mengganguk kepalanya. Sambil mengeluarkan kunci kereta ibunya dan terus meng-unlock kan kenderaan tersebut. "bro, aku chow dulu. Malam pun dah gelap. Chow. Aku bagitahu kau bagaimana. Tetapi plan kau agak hebat. Nanti aku bagitahu. Mungkin besok kita rechill dekat kedai Mat Salleh makan mee singapore, ok?". Aku pun menganggukkan kepala sambil berjabat tangan dengan Shaf.

0109, Taman Datuk Harun

Teringat pula aku tentang brunch siang tadi bersama Nadia di California Pizza Kitchen untuk menyambut ulang tahun-nya yang ke-23 esok. Oleh sebab aku bukan bersamanya lagi, kita terkenang kan memori memori indah sewaktu kita berdua belajar di Manipal, India tidak lama dahulu.

Dia ada bertanya kepada-ku, "when are you gonna get serious with all the girls?".

hmmm....hembusan yau terakhir sememangnya tajam mencucuk tekak.

(akan bersambung)

0144, Taman Datuk Harun
Jack "hello" Lingam



Monday, March 23, 2009

Gaya Rambut Baru Boleh Mengembalikan Semangat Yang Hilang

Aku bekerja bersungguh- sungguh sejak kebelakangan ini
Rakan- rakan-ku hairan akan kehilangan-ku di tempat- tempat yang selalu kita berjumpa pada hujung minggu. Terdapat beberapa SMS dan pesanan suara daripada rakan- rakan-ku, tetapi semua-nya tidak dilayan. Aku di dalam studio-ku, siang dan malam ingin memuaskan pelanggan-ku dengan rekaan yang diminta oleh-nya. Aku tidak pernah mendapat projek begitu mencabar, sehingga aku terpaksa mengupah tiga rakan-ku untuk bekerja lebih masa. Kadang- kala, mereka akan tidur di dalam studio, dan karenah- karenah peribadi mereka telah terbongkar. Victor merupakan seorang pereka muda yang berbakat, tetapi tabiat dengkur-nya pada waktu malam memaksakan aku menelan pil tidur setiap malam. Batang- batang rokok juga menimbun seperti bukit di dalam talam abu studio, sehingga serpihan abu jatuh merata- rata di lantai. 

Sewaktu aku dan rakan- rakan sekerja-ku berehat untuk makan tengah- hari, aku mendapat SMS dari mama-ku yang bertulis,

" Sayang, mama nak ingatkan tentang majlis perkahwinan Ray pada malam ini di hotel Sheraton Subang. Sayang ambil mama dan papa di rumah pukul 8 okay? Love you,"

"Holy shit!" Aku menjerit kerana lupa akan majlis perkahwinan rakan-ku pada malam ini. Terdapat banyak kerja lagi yang masih perlu dibuat dan aku juga lupa untuk membelikan Ray hadiah sempena hari istimewa-nya.

Aku terus mengambil kunci kereta-ku dan dan memakai selipar, tidak ada masa lagi untuk mendandan atau menukar baju. Sebelum membuka pintu rumah, aku melihat pantulan diri-ku dari cermin dan tersenyap seketika. Kelihatan rambut-ku kusut- masai dan jambang yang tidak dipotong rapi selama seminggu. Aku juga mengesan eye bags yang ketara di muka-ku dan bibir yang kering sehingga menggelupas.

Aku bercakap seorang diri, "Selepas membeli hadiah, I need a haircut,".

Rakan- rakanku berkata sekaligus, "Ya, aku setuju."

"Dan scrub muka dan timun di mata," aku menjawab secara sarkastik. ( Tetapi di dalam hati aku ingin-kan layanan sebegini disebabkan kekotoran studio ).

1730 tempat letak kereta di Hartamas Square
Aku sempat membelikan Ray sebuah alat pengurut belakang di Midvalley Megamall. Aku pasti Ray dan isteri-nya Fiona akan ketawa apabila melihat hadiah ini, kerana terdapat cerita di sebalik hadiah ini. Ramai tidak tahu tentang peristiwa Ray mencederakan belakang-nya di sebuah pusat karaoke di Bangsar. Malangnya, malam itu terpaksa disingkatkan apabila Ray mendendangkan lagu Merisik Khabar dari SUDIRMAN sehingga terkehel belakang-nya.

Apabila aku sedang berjalan ke pusat salon THE LAB di Hartamas, aku terserempak dengan Sazlini. Dia terkejut melihat diri-ku yang begitu selekeh berbanding dengan hari- hari yang lain.

"Kwai, jangan bekerja terlalu keras. You need a haircut by the way," katanya.

"I am actually on the way to the salon, boleh saya contact cik Sazlini nanti? By the way, cik Sazlini kelihatan anggun seperti biasa," kata-ku sambil terus berjalan ke arah pusat salon.

Pendek cerita, cik Sazlini merupakan setiausaha seorang pelanggan-ku, Encik Fong dan 5 bulan yang lalu, aku pernah mengajak si pinggang ramping ini untuk minum petang di lobi hotel Hilton. And one thing led to another...

Selepas peristiwa tersebut, aku berazam untuk menghindar-kan dua perkara.
a) Jangan sesekali mencuba seorang gadis yang berumah- tangga. Jika terperangkap, kos-nya begitu tinggi
b) Jangan mencampurkan hal ehwal perniagaan dengan hiburan.

1840 dan tersekat di kesesakan lebuh raya
Selalu-nya, aku cepat tertekan dan mula mencarut sekuat hati apabila tersekat di lebuh raya. Tetapi, selepas mendapat potongan rambut dari pendandan rambut yang telah lama-ku kenal, Ken, aku berasa agak segar. Aku berasa seperti seorang yang mati-hidup- semula. Cik gadis ayu bernama Shirley di pusat salon tersebut mencuci rambut-ku dengan begitu rapi, dan juga mengurut bahagian kepala-ku. 

Ken adalah seorang pendandan rambut yang-ku kenal sejak 7 tahun dahulu, dari seorang rakan. Sejak hari itu, beliau telah memotong rambut-ku dan tidak pernah aku menukar pendandan rambut yang lain di kota ini.

Dia menunjuk-kan kepada-ku kempen PRADA terbaru, yang digambar-kan oleh HEDI SLIMANE. Peragawan di kempen itu merupakan anak kembar kepunyaan seorang anggota kugiran lagenda THE CLASH. Ken juga memberitahu-ku bahawa gaya rambut yang dipamerkan oleh peragawan ini sesuai untuk-ku, lagi- lagi untuk sebuah majlis perkahwinan. Ken juga menggaya-kan rambut-ku dengan gel wet look jenama KIEHL'S.

2105 di majlis perkahwinan Ray dan Fiona
Aku duduk semeja dengan orang tua-ku dan juga abang-ku. Suasana majlis perkahwinan itu amat meriah, dan kelihatan ramai gadis- gadis yang aku tahu masih belum berpunya. Di dalam majlis perkahwinan, aku gemar menggunakan mama-ku sebagai taktik untuk mengenal wanita- wanita yang lain. Mama-ku amat lucu apabila dia memanggil seorang gadis dan mula bersembang lalu memberitahu akan anak lelaki-nya yang belum ada pasangan hidup, iaitu aku.

Seperti biasa, terdapat pakcik- pakcik yang memicit bahu-ku sambil berkata
 "Kwai, bila time kau pulak? Masalah kau tu, sebab kau terlampau banyak pilihan!,"

Ramai di antara wanita- wanita di majlis perkahwinan itu mula bersembang dengan-ku dan memuji gaya rambut-ku. Baju melayu biru tua-ku bersama dengan kain songket dari Terengganu juga mendapat pujian dari rakan- rakan mama-ku. Lebih- lebih lagi, aku memperagakan kasut kulit dari YVES SAINT LAURENT dan kasut ini tidak gagal menarik perhatian chikaro- chikaro.

Tiba- tiba ada seseorang yang meletakkan tangan-nya di atas bahuku sambil berkata dengan nada yang melembut-kan hati sesiapa kaum Adam di dunia ini.

"I am still waiting for that phonecall Kwai,"

Aku menoleh ke belakang,dan tidak-ku sangka Amanda berada di depan mata-ku. Dia kelihatan begitu cantik sambil memperagakan baju kebaya yang mengalahkan haute couture di Paris. Kalau ada satu perkataan yang boleh aku terangkan pada saat itu, breathtaking merupakan jawapan yang paling sharp.

0106 Putra Heights,
KT

Sunday, March 22, 2009

Ku Mencari Si Tukang Jahit Idaman Tanah Air (Bab 2)


Cara- cara si tukang jahit idaman melayan dan meneliti seseorang pelanggan dan bentuk badan-nya.

Si tembam,pendek-pendek
a) Syorkan warna- warna yang gelap, elakkan warna- warna yang cerah kerana ini mewujudkan ilusi kerampingan badan pelanggan tersebut. Kain berjalur pinstripe juga amat digalakkan.
b) Blazer single breasted peak lapel merupakan pelaburan yang paling bagus untuk pelanggan- pelanggan berbentuk sebegini. 
c) Pemakai berbadan sebegini harus-lah butangkan blazer anda sepanjang masa, kecuali bila duduk.
d) Letak-kan pocket square di poket dada blazer. Cara ini dapat mengelakkan perhatian di perut, dan memfokus-kan keunggulan cara si pemakai mendandan-kan pakaian-nya.

Si kecil rendah 
a) Pastikan blazer anda disingkat-kan sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2cm untuk mencapai ilusi ketinggian.
b) Elakkan seluar yang terlebih panjang hingga menyentuh kasut berlebihan. Pemotongan cropped amat digalakkan.
    Mempamerkan sedikit buku-lali apabila berdiri merupakan ukuran seluar panjang yang sesuai.
c) Dandankan bersama tali leher yang berjalur, selalu-nya menambahkan sedikit texture amat sesuai.

Si tinggi lampai
a) Bentuk badan yang mudak didandan dan boleh meragakan pelbagai jenis pakaian dan bentuk silhouette yang lain.
b) Kasut berbentuk tajam harus dielakkan supaya tidak kelihatan aneh.

Akan bersambung. Bab seterus-nya akan menceritakan pakaian-pakaian kasual dan aksesori
Sekian guys


2200 Putra Heights,
Kwai

Saturday, March 21, 2009

Episode Satu: This Is How We Roll

Que vous ne voudrai pas

2120 Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur
"Wah, hari ini sungguh pening kepala aku". Setelah meeting 8 jam bersama Encik Masduki, Jerry dari Marcado International Sp., Willam Desvorn dari Copenhagen dan juga dari syarikat Jerry yang berasal dari Mali. Pertemuan kali ini juga penting bagi syarikat yang saya sudah kehabisan wang untuk di labur. Proposal tentang Aerospace Special Purpose Fund sememang nya di gemari ramai lebih lebih Jerry kerana syarikat beliau merupakan syarikat gergasi yang banyak menghasilkan alatan alatan untuk Pihak Russia. 

Namun jua proposal itu di gemari ramai tetapi, banyak perubahan yang telah di ubah untuk merendahkan kadar risiko setiap pelaburan yang akan kami lakukan nanti. 

2129 LRT Dang Wangi, Kuala Lumpur
Tak ramai orang kelihatan. Ada 2 warga asing Bangladesh yang beru sahaja menutupi kedai runcit NewsHere. Terdapat juga 3 adik beradik dari Morocco kalau tak silap kerana mata dan hidung seakan akan Babette, teman wanita sementara ku sewaktu aku di Lyon.

Memori memori aku sewaktu di Eropah. Antaranya sewaktu menunggu "tube" di Kota Besar London. Menonton wayang bersama rakan rakan serumah ku. Mernantau dari kota ke kota. Antara kota kota yang ku ingat sekali adalah di Santa Fe`. Di situlah tempat pertama kali aku jatuh cinta dengan anak mat salleh. Marianne, seorang gadis dari Salzburg. Putih, dengan rambut rubia nya dan pesen pakaian hippie nya membuat hati ku sentak untuk beberapa ketika.

Teringat kembali aku apabila dia menulis sepucuk surat elektronik kepada ku sesudah aku pulang kembali ke Kota Besar London. Dia mengajak ku untuk ke Salzburg untuk melihat salji kerana waktu aku bertemu dengannya aku memberitahu beliau bahawa aku tidak pernah nampak salji selama 3 tahun setengah aku di sana. 

Masa untuk membuat pilahan tidak lah sukar sangat. Untuk memberitahu aku ini seorang yang agak "sweet" aku terus membeli tikit ulang alik ke Salzburg, melalui laman web easyjet. Aku tinggal di sana agak lama. Selama 10 hari. 3 hari aku demam sewaktu aku di Salzburg. 7 hari  yang lain aku sememangnya sihat belaka. Bandar Salzburg memang penuh berbeza jika dibanding kan dengan lawatan akhir aku pada 2 tahun lepas. Walaupun salji di bandar itu agak tebal, orang ramai di bahu bahu jalan menjalankan aktiviti harian seperti hari biasa.


2157 LRT Taman Bahagia, Kelana Jaya.

Tiba tiba, mobil aku berdering. Semua orang memandang kerana lagu yang digunakan apabila Shaf menalifoni aku adalah nada lagu Ali Baba. Aku pun menjawab dan bertanya "apa cerita doode?, nak gi makan kat tempat biasa ke?". Dia pun menyahut " jom. Kali ni aku belanja kau bro. for real."

2218 Rain, Plaza Kelana Jaya.

Seperti biasa. Semua pekerja akan menyebut nama ku dengan nada semi-menjerit. Dj pada malam itu adalah Joseph. Lagu yang dimain kan malam itu sememang nya ala ala ambient sememangnya hit the spot untuk malam ini.

Shaf masih belum tiba. Selalunya, dia yang sampai dahulu. Rachel datang duduk bersama ku untuk seketika. Bourbon Woodford sememangnya menjadi daya tarikan ku ke sini selain Rachel, Bella, Haze dan Rose dan juga kaca TV HD dan saluran National Geographic.

Sudah lebih 40 minit aku menunggunu Shaf. Aku telah beberapa kali cuba menghubunginya. Tetapi tiada jawapan. Tiba tiba dia menghantar kan secebis SMS yang bertulis "Bro. I'll be there in 10". 

7 minit kemudian. Shaf pun tiba dengan resahnya. Dengan seluar cerut nya yang berwarna merah dan baju kekotak bewarna kuningnya dia berjalan  ke arah ku. Tiba tiba dia berkata "bro, aku shotgun Siti".

Dengan keadaan semi-tak-betul di sebab kan alkohol. Aku tidak dapat berkata apa apa. Cuma senyuman sahaja yang aku dapat berikan sambil mengehembuskan asap curut Cohiba yang aku dapat dari Uncle Lokman. 

(akan bersambung)

Jack "pancut dinding" Lingam

Friday, March 20, 2009

Mungkinkah Benar Warna Penentu Makna?




Aku berdiri di hadapan Lysha Flora di KLCC.

Hari ini merupakan hari ulang tahun Katia, seorang wanita yang aku telah kenal untuk satu tahun lebih. Semenjak kebelakangan ini, aku terlalu sibuk dengan pekerjaan aku. Pada 2 minggu lepas, aku telah pun diberi peluang untuk mengetuai sebuah projek yang amat penting bagi kompeni aku, dan projek ini merupakan peluang untuk aku membuktikan kebolehan ku. Oleh kerana kesibukanku, aku tidak sempat untuk membeli hadiah untuk Katia mahupun menempah sebuah meja di restoran kegemarannya, LAFITE di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur. Aku berasa bersalah kerana aku cuma menginggalkan mesej "Happy Birthday Beautiful" di telefon bimbitnya sedangkan pada hari ulang tahun aku pada tahun lepas dia membuatkan sarapan dikatil, membelikan sebuah jam tangan berjenama dan tali leher sutera LOUIS VUITTON. Aku pernah terdengar tentang warna warna bunga ros mempunyai makna tersendiri namun begitu aku kurang pasti apakah maksud maksud itu.

1730
Aku mengeluarkan
iPHONE aku lalu melayari internet. Aku menjumpai maksud maksud warna bunga ros di sebuah laman web. Katanya, rose yang bewarna merah bermaksud "I Love You" dan warna ungu muda pula bermaksud "Love at first sight".

1748
Aku meletak pesanan di Lysha Flora untuk 10 bunga bunga ros merah dan ungu muda. Pada masa yang sama, aku menelefon
LAFITE lalu menempah meja untuk 2. Setelah bunga telah digubah, aku menginggalkan mesej di telefon bimbitnya berbunyi "I'll pick you up at 7.30 ok? Dinner on me xoxo". Aku terus bergegas pulang kerumah dan bersiap sedia.

1930
Aku berada dihadapan pangsapuri Katia menunggu kehadiranya. Dia kelihatan amat jelita dan seksi dengan gaun birunya. Aku pula mengenakan
tuxedo oleh CLUB MONACO dan baju kemeja berwarna putih oleh CALVIN KLEIN. Setelah dia memasuki kereta, aku memberikan kucupan lembut di pipinya lalu mengucap selamat ulang tahun dan memberikan bunga bunga ros tadi sebelum memulakan perjalanan ke restoran.

1030
Hidangan pencuci mulut telah pun tiba. Makanan yang telah dipesan olehku dan Katia adalah sangat memberangsangkan. Katia kelihatan terhibur oleh aku. Kami berbual tentang pelbagai benda yang personal seperti perkara perkara yang lucu dan memalukan yang kita pernah lalui sebelum kita bertemu. Aku cuma berharap dia tidak perasan akan ketiadaan hadiah ulang tahunnya. Kami bersetuju untuk meminta bil dan pulang kerumah.

1105
Kami tiba dihadapan pangsapuri Katia. Dia memberikan kucupan lembut di pipiku lalu mengatakan "
Thank you for the night, it was amazing. Don't think I didnt realise that you have forgotten my presents but it's ok. The roses meant so much more." lalu dia meninggalkan aku. Aku terkejut. Sangat terkejut. Adakah dia juga mengetahui maksud bunga bunga itu?


1243 sebelum tidur,

Shafi'e Hamdan.

Ku Mencari Si Tukang Jahit Idaman Tanah Air (Bab 1)


Semua orang tahu akan kegawatan ekonomi, dan ayat cash is king merupakan prinsip hidup kita
Aku perlukan two piece blazer dengan tidak membakar dompet-ku. Aku membuka laman web MEN.STYLE.COM dan melihat segala jenis suit yang dipamerkan oleh pereka- pereka antarabangsa. Antara kegemaran-ku termasuk pereka ADAM KIMMEL, MARTIN MARGIELA dan juga UNITED ARROWS. Semestinya produk- produk berjenama ini mahal dan tidak dapat dicari di tanah air, lalu aku berfikir, dimanakah akan-ku cari tempat yang boleh, bukan meniru, tapi mempunyai kemahiran dan craftsmanship seperti jenama- jenama antarabangsa. Aku hairan kenapa tukang- tukang jahit tanah air tidak begitu inovatif akan fit dan keseimbangan sebuah jaket terhadap badan seseorang.

Memang-lah mereka berpengalaman dalam bidang jahitan pakaian lelaki, dan teknik- teknik mereka amat cekap, tetapi jika aku melihat rakyat-ku, abang- abang Melayu lain memakai suit, aku tertanya mengapa mereka tidak kelihatan begitu segak seperti lelaki- lelaki di New York atau Paris memakai suit mereka. Misalnya, minggu lepas aku berjumpa seorang kawan ayah-ku bernama Encik Fikri, dan ingin tertawa akan pemakaian-nya. Bentuk kot-nya begitu "kotak" apabila dia memakai-nya sehingga dia kelihatan agak gemuk berbanding dengan saiz asal-nya. Bahu-nya kelihatan begitu luas dan bentuk seluar-nya pula membuat Encik Fikri tidak berlutut. 

Lebih- lebih lagi, baru sahaja 15 minit kami berjumpa, Encik Fikri sudah berpeluh bagaikan seorang peserta di London Marathon.

Sebagai seorang di dalam industri kreatif, aku menyelidik kesalahan- kesalahan pembuat suit di Malaysia dan cara seorang pemakai suit memakai-nya.

Blazer
Ramai tidak tahu, tetapi aku rasa blazer merupakan satu pelaburan yang bagus di dalam almari seseorang lelaki. Jika kamu menggunakan blazer untuk bekerja, aku syorkan supaya memilih warna yang biru tua/pekat hingga ke kelabu tua atau cair. Jangan sesekali menghabiskan duit untuk suit hitam. Pada pendapat aku, warna hitam hanya untuk majlis- majlis formal sahaja dan jika suit hitam tidak bekualiti tinggi,anda akan kelihatan antara seorang receptionist di sebuah restoran dan seorang bodyguard untuk seorang presiden.

Jenis blazer pula, aku pilih single breasted two button sebagai pilihan yang selamat dan lapel yang sederhana saiz-nya. Terdapat kebanyakan rakyat Malaysia memakai jenis single breasted three button dan aku bingung akan ke-tidak sedaran mereka memakai blazer sebegini dan kelihatan agak "kotak" dari segi bentuk badan mereka. Blazer jenis single brested one button juga pilihan yang bagus, kerana boleh di-kasualkan bersama seluar denim dan kasut kasual, tetapi untuk orang yang berani memakai dan yakin akan cara memakainya. Ada yang memakai blazer dengan tiada keyakinan diri sehingga membuat mereka kelihatan memakai blazer yang baru dicuri tadi. Aku tidak langsung syorkan jenis blazer double breasted lagi- lagi jika di pakai di negara kita ini. Ia hanya dapat memanaskan kamu dengan lebih cepat dan kerap kali kamu akan rimas membutang penuh blazer tersebut sehingga kelihatan "gedebeh", bak kata mama-ku.

Bagaimana pula dengan bentuk dan fit? Oleh kerana negara kita amat panas, tukang- tukang jahit seharusnya memikir faktor ini. Sebagai seorang pereka, satu langkah atau cara kita berfikir adalah untuk mereka sesuatu yang boleh menyenangkan atau menggembirakan seseorang. Jika membuat sejenis bentuk blazer sahaja seumur hidup tanpa memberi cabaran untuk mengemaskinikan pakaian tersebut mengikut citarasa pelanggan dan peredaran zaman, ini merupakan sifat seorang pereka yang tidak lengkap.

a) Kain
Semestinya harus-lah menggunakan kain atau mengsyorkan kain- kain yang sesuai dengan cuaca kita. Misal-nya kain linen atau cotton. Kebanyakan tukang- tukang jahit tanah air ingin mempamerkan kepada pelanggan- pelanggan kain yang mahal yang merupakan kain wool yang dikategorikan seperti super 100s, super 120s, super 140s dan sebagainya untuk keuntungan para pereka sahaja. Pereka- pereka antarabangsa seperti KILGOUR dan RICHARD JAMES telah mengeluarkan blazer- blazer untuk musim panas dan masih kekalkan faktor elegance jika pemakai tersebut ingin memakai pakaian tersebut di acara- acara yang formal.

b)Bentuk blazer
Malaysia merupakan kadar rakyat overweight yang paling tinggi di Asia Tenggara. Ini merupakan masalah yang agak besar dan berita yang agak mengecewakan bagiku. Sebelum aku mencari jalan untuk menghapuskan masalah ini, kita boleh menyembunyikan masalah tersebut dengan pemakaian yang tidak menonjolkon kadar obesiti seseorang. Blazer tersebut harus-lah direka pendek sedikit supaya tidak merendahkan paras ketinggian seseorang ( Lelaki tanah air, termasuk aku tidak dianugerahkan ketinggian berbanding dengan lelaki- lelaki lain). Lengan lelaki Melayu juga harus dipertikaikan, oleh itu, bentuk armhole di blazer tersebut haruslah ditinggikan supaya bentuk badan mereka kelihatan lebih langsing. Blazer pula tidak sepatutnya kelihatan longgar, dan tidak sepatutnya kelihatan sendat, tetapi hanya memberi ruang yang tipis untuk pergerakan. Mesti-lah, seseorang lelaki tidak akan melakukan kegiatan aktif apabila memakai suit, kecuali beliau James Bond atau seorang yang bekerja sebagai detektif.

Akan bersambung, segmen ini terdapat beberapa bab jadi harap bersabar.

1629 Putra Heights,
Kwaidan Tarmizi






Pemantau