sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Wednesday, March 11, 2009

Social Transition atau Social Monogamy?

Kenapa aku playboy?
Hidup sebagai seorang playboy atau "player" bukan lah suatu pekara yang mudah seperti difikir oleh orang ramai. Kalau lah senang, sudah tentu kita boleh kahwin lebih dari 4. Namun hakikat nya, sekadar nak "juggle" empat orang sekali sesiapa saja mampu melakukanya. Tetapi hanya kejantanan seseorang sahaja yang dapat menilai kan sama ada sesorang itu seorang playboy atau "bojan ringan ringan". Setelah bersama Syikin, Bibah, Rosila, Wanie dan Azizah, aku sedar bahawa aku tiada waktu untuk melayan diri aku. Lalu aku terus mendail nombor Bibah dan membatalkan temu janji main bowling kita besok. Aku mengatakan kepada beliau yang aku ingin pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan sanak saudara. Di sebaliknya, aku berjalan jalan di Kawasan Taman Tun sambil mengenangkan kisah kisah manis bersama teman gadis pertamaku, Zaleha. Namun dekat di kepala ku, aku masih percaya bahawa Zaleha mesti masih marah atas perbuatan nakal ku keatasnya. 




1601 
Aku tiba rumah dengan keadaan yang kuyup. Habis basah kotak kek keju yang aku beli di kedai kek Secret Recipe. DVD yang aku beli juga basah. Aku terus gegas ke kamar dan terus menukar baju dan memakai kain pelikat gajah mada aku. Aku pun terus memasang DVD  Paranoid Park yang ku beli tadi.

1847 
Cerita ini banyak mengingat kan aku tentang zaman sekolah dahulu. Walaupun aku bukan se-maut Pa'din, setakat buat "Shoviet 360 combo dengan nolie backflip tu memang takda hal lah. Walaupun cerita yang aku tontoni tadi tiada kena mengena dengan diri aku , tetapi cerita arahan Gus Vant Sant ini sepatut nya di totoni oleh semua rakyat malaysia. Atau sekurang kurangnya filem ini patut memenangi MTV "Best Skate Film" award pada tahun 2008.

2029 
Menurut wikipedia, filem ini dibuat berdasar kan buku dari seorang karyawan atas nama yang sama, Paranoid Park. Hmm... patut kah aku membatali temu janji aku bersama Syikin besok kerana aku ingin ke Borders@The Curve untuk memcari buku tersebut?

Haish..

2036  Jalan 6, Sungai Way
Jack "demam bai" Lingam

8 comments:

Von said...

pelikat gajah mada cool!

dena_r said...

jacky, paranoid park mmg best. gus is a really cool director and his films are really good.

mr. hafis said...

hari ini memang lebat.

RYSA said...

hahahahha.

gajah mada. dasyat.

Kwaidan Tarmizi said...

jack luv r**a

hehe

Shaira Amira said...

sumpah pelikat gajah mada sexy weh.
haha.

Kwaidan Tarmizi said...

@shaira

i rasa u antara pembaca yang paling seksi.

coffee this weekend?

K

Jack Lingam said...

@rysa

bila nak bowling?

Pemantau