sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Monday, March 23, 2009

Gaya Rambut Baru Boleh Mengembalikan Semangat Yang Hilang

Aku bekerja bersungguh- sungguh sejak kebelakangan ini
Rakan- rakan-ku hairan akan kehilangan-ku di tempat- tempat yang selalu kita berjumpa pada hujung minggu. Terdapat beberapa SMS dan pesanan suara daripada rakan- rakan-ku, tetapi semua-nya tidak dilayan. Aku di dalam studio-ku, siang dan malam ingin memuaskan pelanggan-ku dengan rekaan yang diminta oleh-nya. Aku tidak pernah mendapat projek begitu mencabar, sehingga aku terpaksa mengupah tiga rakan-ku untuk bekerja lebih masa. Kadang- kala, mereka akan tidur di dalam studio, dan karenah- karenah peribadi mereka telah terbongkar. Victor merupakan seorang pereka muda yang berbakat, tetapi tabiat dengkur-nya pada waktu malam memaksakan aku menelan pil tidur setiap malam. Batang- batang rokok juga menimbun seperti bukit di dalam talam abu studio, sehingga serpihan abu jatuh merata- rata di lantai. 

Sewaktu aku dan rakan- rakan sekerja-ku berehat untuk makan tengah- hari, aku mendapat SMS dari mama-ku yang bertulis,

" Sayang, mama nak ingatkan tentang majlis perkahwinan Ray pada malam ini di hotel Sheraton Subang. Sayang ambil mama dan papa di rumah pukul 8 okay? Love you,"

"Holy shit!" Aku menjerit kerana lupa akan majlis perkahwinan rakan-ku pada malam ini. Terdapat banyak kerja lagi yang masih perlu dibuat dan aku juga lupa untuk membelikan Ray hadiah sempena hari istimewa-nya.

Aku terus mengambil kunci kereta-ku dan dan memakai selipar, tidak ada masa lagi untuk mendandan atau menukar baju. Sebelum membuka pintu rumah, aku melihat pantulan diri-ku dari cermin dan tersenyap seketika. Kelihatan rambut-ku kusut- masai dan jambang yang tidak dipotong rapi selama seminggu. Aku juga mengesan eye bags yang ketara di muka-ku dan bibir yang kering sehingga menggelupas.

Aku bercakap seorang diri, "Selepas membeli hadiah, I need a haircut,".

Rakan- rakanku berkata sekaligus, "Ya, aku setuju."

"Dan scrub muka dan timun di mata," aku menjawab secara sarkastik. ( Tetapi di dalam hati aku ingin-kan layanan sebegini disebabkan kekotoran studio ).

1730 tempat letak kereta di Hartamas Square
Aku sempat membelikan Ray sebuah alat pengurut belakang di Midvalley Megamall. Aku pasti Ray dan isteri-nya Fiona akan ketawa apabila melihat hadiah ini, kerana terdapat cerita di sebalik hadiah ini. Ramai tidak tahu tentang peristiwa Ray mencederakan belakang-nya di sebuah pusat karaoke di Bangsar. Malangnya, malam itu terpaksa disingkatkan apabila Ray mendendangkan lagu Merisik Khabar dari SUDIRMAN sehingga terkehel belakang-nya.

Apabila aku sedang berjalan ke pusat salon THE LAB di Hartamas, aku terserempak dengan Sazlini. Dia terkejut melihat diri-ku yang begitu selekeh berbanding dengan hari- hari yang lain.

"Kwai, jangan bekerja terlalu keras. You need a haircut by the way," katanya.

"I am actually on the way to the salon, boleh saya contact cik Sazlini nanti? By the way, cik Sazlini kelihatan anggun seperti biasa," kata-ku sambil terus berjalan ke arah pusat salon.

Pendek cerita, cik Sazlini merupakan setiausaha seorang pelanggan-ku, Encik Fong dan 5 bulan yang lalu, aku pernah mengajak si pinggang ramping ini untuk minum petang di lobi hotel Hilton. And one thing led to another...

Selepas peristiwa tersebut, aku berazam untuk menghindar-kan dua perkara.
a) Jangan sesekali mencuba seorang gadis yang berumah- tangga. Jika terperangkap, kos-nya begitu tinggi
b) Jangan mencampurkan hal ehwal perniagaan dengan hiburan.

1840 dan tersekat di kesesakan lebuh raya
Selalu-nya, aku cepat tertekan dan mula mencarut sekuat hati apabila tersekat di lebuh raya. Tetapi, selepas mendapat potongan rambut dari pendandan rambut yang telah lama-ku kenal, Ken, aku berasa agak segar. Aku berasa seperti seorang yang mati-hidup- semula. Cik gadis ayu bernama Shirley di pusat salon tersebut mencuci rambut-ku dengan begitu rapi, dan juga mengurut bahagian kepala-ku. 

Ken adalah seorang pendandan rambut yang-ku kenal sejak 7 tahun dahulu, dari seorang rakan. Sejak hari itu, beliau telah memotong rambut-ku dan tidak pernah aku menukar pendandan rambut yang lain di kota ini.

Dia menunjuk-kan kepada-ku kempen PRADA terbaru, yang digambar-kan oleh HEDI SLIMANE. Peragawan di kempen itu merupakan anak kembar kepunyaan seorang anggota kugiran lagenda THE CLASH. Ken juga memberitahu-ku bahawa gaya rambut yang dipamerkan oleh peragawan ini sesuai untuk-ku, lagi- lagi untuk sebuah majlis perkahwinan. Ken juga menggaya-kan rambut-ku dengan gel wet look jenama KIEHL'S.

2105 di majlis perkahwinan Ray dan Fiona
Aku duduk semeja dengan orang tua-ku dan juga abang-ku. Suasana majlis perkahwinan itu amat meriah, dan kelihatan ramai gadis- gadis yang aku tahu masih belum berpunya. Di dalam majlis perkahwinan, aku gemar menggunakan mama-ku sebagai taktik untuk mengenal wanita- wanita yang lain. Mama-ku amat lucu apabila dia memanggil seorang gadis dan mula bersembang lalu memberitahu akan anak lelaki-nya yang belum ada pasangan hidup, iaitu aku.

Seperti biasa, terdapat pakcik- pakcik yang memicit bahu-ku sambil berkata
 "Kwai, bila time kau pulak? Masalah kau tu, sebab kau terlampau banyak pilihan!,"

Ramai di antara wanita- wanita di majlis perkahwinan itu mula bersembang dengan-ku dan memuji gaya rambut-ku. Baju melayu biru tua-ku bersama dengan kain songket dari Terengganu juga mendapat pujian dari rakan- rakan mama-ku. Lebih- lebih lagi, aku memperagakan kasut kulit dari YVES SAINT LAURENT dan kasut ini tidak gagal menarik perhatian chikaro- chikaro.

Tiba- tiba ada seseorang yang meletakkan tangan-nya di atas bahuku sambil berkata dengan nada yang melembut-kan hati sesiapa kaum Adam di dunia ini.

"I am still waiting for that phonecall Kwai,"

Aku menoleh ke belakang,dan tidak-ku sangka Amanda berada di depan mata-ku. Dia kelihatan begitu cantik sambil memperagakan baju kebaya yang mengalahkan haute couture di Paris. Kalau ada satu perkataan yang boleh aku terangkan pada saat itu, breathtaking merupakan jawapan yang paling sharp.

0106 Putra Heights,
KT

3 comments:

Jack Lingam said...

wei kau bukan potong kat shunji, midvalley ke bai?

Anonymous said...

i love this entry.. kwai reminds me of chuck bass from gossip girl.. killer style and i'm sure killer smile..

dena_r said...

babe, the lab ada lagi ke? semua pegi kat ricco kat re:placement skang

Pemantau