sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Friday, April 10, 2009

Pertemuan Bersama Sahabat Lama



Di sini aku, sekarang, tidak mempunyai sebarang projek dan kerja untuk-ku laksanakan
Jikalau seminggu dua aku tidak kisah, malah setelah tamat projek hari itu, tiada apa kerja yang boleh-ku cari. Akibat krisis ekonomi yang melanda di seluruh dunia, banyak projek- projek tersekat, ataupun dibatalkan. Di sini, aku di rumah ibu bapa-ku, menganggur hampir sebulan setengah, hanya bergantung kepada simpanan- simpanan lepas. Wang-ku semakin nipis, dan terdapat beberapa bil yang masih belum langsai. Aku menempah sebuah meja berbentuk L baru untuk-ku membuat kerja dan melukis, dan ia perlu dibayar minggu depan. Habis. Dengan dukacita-nya aku boleh kata aku juga dalam gawat. Lari sini, lari sana, jimat sini, jimat sana, tetapi akhirnya krisis melanda-ku.

Hari ini agak menenangkan. Seperti biasa, mama akan menjamu aku dengan pelbagai jenis makanan yang sedap- sedap, terutamanya makanan kampung yang merupakan kegemaran-ku seperti jering, sambal terung, lauk lemak cili api dan juga ikan keli berlada. Tetapi oleh kerana mama tahu akan gaya hidup-ku yang sihat, mama telah masakkan nasi perang untuk-ku. Lucu sekali.

1345 dan tamat menjamu selera bersama ibu bapa
Kerana aku berjanji kepada ibu bapaku yang aku akan tinggal bersama mereka selama 10 hari, kerana tidak mempunyai apa kerja untuk dibuat, mama amat gembira akan kehadiran-ku. Hari- hari mama akan masak makanan kegemaran-ku dan kita sekeluarga akan menjamu selera di restoran- restoran yang kita gemar sejak dahulu lagi, dari PRIME di hotel LA MERIDIEN hingga ke KOGETSU di SAUJANA RESORT. 

Nampak gaya-nya aku akan bertambah berat badan jika aku tidak menunaikan larian di treadmill. Hari ini juga amat panas jadi aku bersantai di kerusi malas sambil membaca surat khabar dan cerita- cerita pendek karyaan J.G BALLARD. Aku juga melayari laman- laman web yang bertemakan pakaian lelaki dan rekaan untuk membuang masa. Aku telah berjanji dengan rakan-ku Andy untuk berjumpa dengan-nya pada pukul 5 petang nanti. Jadi untuk membuang lagi masa-ku, aku hanya duduk di depan laptop dan memuat turun lagu- lagu baru. Antaranya ialah THERE WILL BE TEARS dari MR. HUDSON, sebuah artis dan rakan dari London. Aku diperkenalkan oleh rakan-ku Wilkie, yang merupakan pemain drum untuk kugiran ini. Lagu ini merupakan lagu pertama mereka di bawah bimbingan KANYE WEST dan syarikat rakaman beliau, G.O.O.D MUSIC.

1727 di sebuah kedai mamak berdekatan
Setelah tidak berjumpa dengan Andy hampir 3 bulan, kami berborak dan mengulas perkara- perkara yang kita tidak sempat kami ceritakan. Hidup Andy semakin sibuk katanya, tetapi dia telah melakukan satu perbuatan yang agak juicy sejak kebelakangan ini.

"Andy, what's the story? Apa cerita yang paling panas yang kau hendak ceritakan kepada-ku?" kata-ku.

"I'm two-timing bro. It's been a month and even my dad knows it. Setiap kali aku membawa-nya ke rumah-ku, bapa-ku akan kantoi aku brother. Mula- mula dia tak kata apa-apa, tapi satu hari itu, dia kata kat aku, I hope she knows that you have a girlfriend although she's abroad. She needs to get the clear picture, and you have to do the explanation,"

" Pergh! Betul kata bapa kau, tapi apasal dia boleh sokong perbuatan kau depan mata dia sendiri?" aku tertanya sambil menghirup teh halia-ku yang panas.

"Sejak arwah mama-ku meninggal, bapa aku memang masih sayang dia gila- gila Kwai. Siap ada gambar size A1 kat depan katil, tapi apa kan daya, life goes on dan dia mempunyai teman wanita sekarang...Tetapi dia masih membawa perempuan berlainan ke rumah. Dan solusi-nya? Dia jujur kepada semua, dan kerap kali ia berfungsi. Kejujuran tetap cara yang paling bagus,"

"Aku tabik buat Encik Seow. Dia tu memang playboy,"

"Tahu takpe!"

2345
Memang tak hairan-lah kenapa bapa Andy begitu ligat. Beliau berusia 63 tahun dan masih bekerja di pejabat pada waktu pagi, dan pada waktu malam, beliau merupakan seorang guru besar di sebuah akademi tarian- tarian klasik seperti cha-cha, rhumba, dan salsa. Memang ligat. Memang aku tabik. Sebab itu-lah beliau mempunyai ramai contact perempuan.

Layan pulak lagu MR.HUDSON ni malam- malam. Sekian guys.

0023 Subang Jaya,
KT

3 comments:

AJ said...

kehidupan lu tanpa kerja pun masih tetap stylo

teruskan bro!

bloody.hot.chick said...

mama's boy???

Khairul said...

2345

apa maksud nombor2 tersebut?

Pemantau