sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Wednesday, April 15, 2009

Itu Bukan Stail Aku

Aku membelek- belek majalah GLAM lelaki edisi ke empat selepas makan tengah hari bersama papa-ku
Dan kelihatan terdapat artikel tentang RAJA ENDON MASTURA. Aku berfikir seorang diri, "isn't she gorgeous?". Wira, kamu memang seorang yang bertuah dan memang PMT walaupun tidak mengisi borang. Pada pendapat-ku, si dia mempunyai wajah yang amat jelita, dan keunikan rupa paras Melayu yang unggul dan klasik. If only she's single. Or if only I'm employed with lots of money. Namun demikian, hidup harus diteruskan dan aku perlu berjuang dalam situasi yang amat tertekan ini.

Hendak-ku ke cerita tentang malam semalam. Seperti biasa, blog ini tidak dikemas-kini secara kerap berbanding dengan dahulu atas sebab- sebab tertentu. It's just a phase, I guess. Kadang- kala, hidup aku penuh dengan drama dan aksi- aksi yang begitu menarik, kadang- kala hidup-ku lebih membosankan dari orang- orang tua yang telah lama pencen. Walau bagaimanapun, malam semalam is worth telling.

Aku berjumpa dengan teman lama-ku Zacky, seorang pemuda PMT yang berkacukan Iran. Kacak orang-nya. Dia juga seorang bakal usahawan yang aku rasa akan mencapai kejayaan tidak lama lagi. Terdapat laman web kerja-nya yang aku rasa akan membangunkan perniagaan tanah air, tapi lucu-nya, Zacky mempunyai libido yang tidak boleh dikawal. If he feels like it, he'll get it, walaupun di dalam pejabat. Memang gila Zacky ini.

2345 di Lorong Damai, "Jalan Arab"
Zacky seperti biasa, menghisap shisha sambil menceritakan kepada-ku hanya 30% tentang hidup dan peniagaan, dan kesemua-nya tentang perempuan- perempuan yang telah berjumpa, bertemu janji dan score, dengan ketelitian cerita yang amat grafik. Antara wanita yang telah Zacky score dalam awal 2009 ini termasuk seorang gadis Thai yang merupakan model bikini, seorang wanita Indonesia yang merupakan pelakon yang up and coming, seorang wanita Russia yang bekerja di duta, dan juga seorang Jerman yang merupakan seorang guru di sini. Zacky, satu nasihat kepada kamu, protected always, okay?

" Kau nak tak teman aku pergi hot spot di Jalan P. Ramlee?" tanya Zacky kepada-ku

" Ada apa di sana? " aku tanya secara naive.

" Girlsssss brotherr!. Terlalu banyak awek kat sana sampai kadang- kadang kau boleh jadi gila untuk pilih mana satu kau nak! "

" Serious? Tapi Zacky, gua not in the mood, brother. Plus, aku pakai selekeh gila, " ( Seluar pendek dan baju kemeja lengan pendek dari UNIQLO sahaja ). 

" Jangan risau Kwai. Ikut aku je. "

0021
Tiba- tiba aku berada di depan PALACE CLUB. Dan kelihatan pusat istirehat ini memang usang, tidak seperti pusat- pusat istirehat lain yang biasa aku pergi di kota. Aku sudah syaki sesuatu.

Memang-ku sangka pun, tempat ini adalah sebuah rumah pelacuran yang diselimuti wajah pusat kesihatan. Aku dan Zacky telah dijemput oleh seorang lelaki Cina yang kurus dan tinggi, dan agak lemah lembut gaya-nya. Dia suruh aku dan Zacky duduk di sebuah sofa panjang, sambil menyalakan rokok untuk kita. Dan tidak sampai lima minit, ketibaan 15 pemuda-pemuda dari China yang kelihatan penuh mekap dan berpakaian begitu seksi di depan mata kita. Mereka, tidak silap aku, berumur lingkungan 18- 22 tahun sahaja. Senyuman mereka mesra mengalu- alu aku dan Zack bermalam bersama mereka. Aku kaku sebentar. Aku tahu aku pernah berdepan dengan ramai perempuan dalam hidup-ku tetapi tidak-ku pernah ke tempat- tempat macam ini. Ini bukan stail aku.

Lalu aku pandang muka Zacky dan berbisik "Kau serious ke tentang ini? Aku tak mahu, Aku nak beredar dari sini!"

"Bertenang Kwai, aku tahu kau tak pernah ini semua, saje nak tunjuk kau. Ingat, aku member kat sini sebab tu kita dapat masuk dengan senang tadi. Tetapi, kalau kau mahu, aku ada duit sekarang,"

"Tak- apa la Zacky, ini bukan stail aku. Playboys don't pay for sex,"

Lalu kita berminta maaf kepada lelaki Cina tersebut kerana tidak sudi bermalam dengan 15 gadis tersebut dan berjalan keluar ke kelab itu. Di jockey tersebut kelihatan berbiji- biji kereta yang aku tahu kepunyaan VVIP. Betapa sulit-nya kegelapan Kuala Lumpur. 

Dan lebih- lebih lagi, aku balik ke kereta Zacky dan melihat Amanda telah memberi satu miss call. Sigh.

Sekian guys.

1424 Subang Jaya
KT

9 comments:

bloody.hot.chick said...

160409

Zeta!

Anonymous said...

that lady looks like a tranny la.. hot meh?

AJ (skrg tidak lg palyboy huhu) said...

playboy dont pay for sex


aku akan filem kan mantra ini

cyrusdavirus said...

ketibaan 15 pemuda-pemuda dari China yang kelihatan penuh mekap dan berpakaian begitu seksi di depan mata kita.

mcm ada kesalahan ayat skek disitu. pemuda = perempuan

FRoS Salleh said...

ye ar bro. ada percanggahan fakta kat situ.

whatever it is always protected k? ahah!

Pop said...

haha which is good :D

Nikotin said...

bro. aku setuju dgn statement ko, playboy dont pay for sex.

Faisal Zakaria said...

Slacking slacking slacking slackers.

vanilla icecream said...

playboy dont pay for sex?
uhuh?

Pemantau