sebuah taklimat budaya berfoya-foya secara serius

Showing posts with label Gaya. Show all posts
Showing posts with label Gaya. Show all posts

Monday, March 23, 2009

Gaya Rambut Baru Boleh Mengembalikan Semangat Yang Hilang

Aku bekerja bersungguh- sungguh sejak kebelakangan ini
Rakan- rakan-ku hairan akan kehilangan-ku di tempat- tempat yang selalu kita berjumpa pada hujung minggu. Terdapat beberapa SMS dan pesanan suara daripada rakan- rakan-ku, tetapi semua-nya tidak dilayan. Aku di dalam studio-ku, siang dan malam ingin memuaskan pelanggan-ku dengan rekaan yang diminta oleh-nya. Aku tidak pernah mendapat projek begitu mencabar, sehingga aku terpaksa mengupah tiga rakan-ku untuk bekerja lebih masa. Kadang- kala, mereka akan tidur di dalam studio, dan karenah- karenah peribadi mereka telah terbongkar. Victor merupakan seorang pereka muda yang berbakat, tetapi tabiat dengkur-nya pada waktu malam memaksakan aku menelan pil tidur setiap malam. Batang- batang rokok juga menimbun seperti bukit di dalam talam abu studio, sehingga serpihan abu jatuh merata- rata di lantai. 

Sewaktu aku dan rakan- rakan sekerja-ku berehat untuk makan tengah- hari, aku mendapat SMS dari mama-ku yang bertulis,

" Sayang, mama nak ingatkan tentang majlis perkahwinan Ray pada malam ini di hotel Sheraton Subang. Sayang ambil mama dan papa di rumah pukul 8 okay? Love you,"

"Holy shit!" Aku menjerit kerana lupa akan majlis perkahwinan rakan-ku pada malam ini. Terdapat banyak kerja lagi yang masih perlu dibuat dan aku juga lupa untuk membelikan Ray hadiah sempena hari istimewa-nya.

Aku terus mengambil kunci kereta-ku dan dan memakai selipar, tidak ada masa lagi untuk mendandan atau menukar baju. Sebelum membuka pintu rumah, aku melihat pantulan diri-ku dari cermin dan tersenyap seketika. Kelihatan rambut-ku kusut- masai dan jambang yang tidak dipotong rapi selama seminggu. Aku juga mengesan eye bags yang ketara di muka-ku dan bibir yang kering sehingga menggelupas.

Aku bercakap seorang diri, "Selepas membeli hadiah, I need a haircut,".

Rakan- rakanku berkata sekaligus, "Ya, aku setuju."

"Dan scrub muka dan timun di mata," aku menjawab secara sarkastik. ( Tetapi di dalam hati aku ingin-kan layanan sebegini disebabkan kekotoran studio ).

1730 tempat letak kereta di Hartamas Square
Aku sempat membelikan Ray sebuah alat pengurut belakang di Midvalley Megamall. Aku pasti Ray dan isteri-nya Fiona akan ketawa apabila melihat hadiah ini, kerana terdapat cerita di sebalik hadiah ini. Ramai tidak tahu tentang peristiwa Ray mencederakan belakang-nya di sebuah pusat karaoke di Bangsar. Malangnya, malam itu terpaksa disingkatkan apabila Ray mendendangkan lagu Merisik Khabar dari SUDIRMAN sehingga terkehel belakang-nya.

Apabila aku sedang berjalan ke pusat salon THE LAB di Hartamas, aku terserempak dengan Sazlini. Dia terkejut melihat diri-ku yang begitu selekeh berbanding dengan hari- hari yang lain.

"Kwai, jangan bekerja terlalu keras. You need a haircut by the way," katanya.

"I am actually on the way to the salon, boleh saya contact cik Sazlini nanti? By the way, cik Sazlini kelihatan anggun seperti biasa," kata-ku sambil terus berjalan ke arah pusat salon.

Pendek cerita, cik Sazlini merupakan setiausaha seorang pelanggan-ku, Encik Fong dan 5 bulan yang lalu, aku pernah mengajak si pinggang ramping ini untuk minum petang di lobi hotel Hilton. And one thing led to another...

Selepas peristiwa tersebut, aku berazam untuk menghindar-kan dua perkara.
a) Jangan sesekali mencuba seorang gadis yang berumah- tangga. Jika terperangkap, kos-nya begitu tinggi
b) Jangan mencampurkan hal ehwal perniagaan dengan hiburan.

1840 dan tersekat di kesesakan lebuh raya
Selalu-nya, aku cepat tertekan dan mula mencarut sekuat hati apabila tersekat di lebuh raya. Tetapi, selepas mendapat potongan rambut dari pendandan rambut yang telah lama-ku kenal, Ken, aku berasa agak segar. Aku berasa seperti seorang yang mati-hidup- semula. Cik gadis ayu bernama Shirley di pusat salon tersebut mencuci rambut-ku dengan begitu rapi, dan juga mengurut bahagian kepala-ku. 

Ken adalah seorang pendandan rambut yang-ku kenal sejak 7 tahun dahulu, dari seorang rakan. Sejak hari itu, beliau telah memotong rambut-ku dan tidak pernah aku menukar pendandan rambut yang lain di kota ini.

Dia menunjuk-kan kepada-ku kempen PRADA terbaru, yang digambar-kan oleh HEDI SLIMANE. Peragawan di kempen itu merupakan anak kembar kepunyaan seorang anggota kugiran lagenda THE CLASH. Ken juga memberitahu-ku bahawa gaya rambut yang dipamerkan oleh peragawan ini sesuai untuk-ku, lagi- lagi untuk sebuah majlis perkahwinan. Ken juga menggaya-kan rambut-ku dengan gel wet look jenama KIEHL'S.

2105 di majlis perkahwinan Ray dan Fiona
Aku duduk semeja dengan orang tua-ku dan juga abang-ku. Suasana majlis perkahwinan itu amat meriah, dan kelihatan ramai gadis- gadis yang aku tahu masih belum berpunya. Di dalam majlis perkahwinan, aku gemar menggunakan mama-ku sebagai taktik untuk mengenal wanita- wanita yang lain. Mama-ku amat lucu apabila dia memanggil seorang gadis dan mula bersembang lalu memberitahu akan anak lelaki-nya yang belum ada pasangan hidup, iaitu aku.

Seperti biasa, terdapat pakcik- pakcik yang memicit bahu-ku sambil berkata
 "Kwai, bila time kau pulak? Masalah kau tu, sebab kau terlampau banyak pilihan!,"

Ramai di antara wanita- wanita di majlis perkahwinan itu mula bersembang dengan-ku dan memuji gaya rambut-ku. Baju melayu biru tua-ku bersama dengan kain songket dari Terengganu juga mendapat pujian dari rakan- rakan mama-ku. Lebih- lebih lagi, aku memperagakan kasut kulit dari YVES SAINT LAURENT dan kasut ini tidak gagal menarik perhatian chikaro- chikaro.

Tiba- tiba ada seseorang yang meletakkan tangan-nya di atas bahuku sambil berkata dengan nada yang melembut-kan hati sesiapa kaum Adam di dunia ini.

"I am still waiting for that phonecall Kwai,"

Aku menoleh ke belakang,dan tidak-ku sangka Amanda berada di depan mata-ku. Dia kelihatan begitu cantik sambil memperagakan baju kebaya yang mengalahkan haute couture di Paris. Kalau ada satu perkataan yang boleh aku terangkan pada saat itu, breathtaking merupakan jawapan yang paling sharp.

0106 Putra Heights,
KT

Sunday, March 22, 2009

Ku Mencari Si Tukang Jahit Idaman Tanah Air (Bab 2)


Cara- cara si tukang jahit idaman melayan dan meneliti seseorang pelanggan dan bentuk badan-nya.

Si tembam,pendek-pendek
a) Syorkan warna- warna yang gelap, elakkan warna- warna yang cerah kerana ini mewujudkan ilusi kerampingan badan pelanggan tersebut. Kain berjalur pinstripe juga amat digalakkan.
b) Blazer single breasted peak lapel merupakan pelaburan yang paling bagus untuk pelanggan- pelanggan berbentuk sebegini. 
c) Pemakai berbadan sebegini harus-lah butangkan blazer anda sepanjang masa, kecuali bila duduk.
d) Letak-kan pocket square di poket dada blazer. Cara ini dapat mengelakkan perhatian di perut, dan memfokus-kan keunggulan cara si pemakai mendandan-kan pakaian-nya.

Si kecil rendah 
a) Pastikan blazer anda disingkat-kan sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2cm untuk mencapai ilusi ketinggian.
b) Elakkan seluar yang terlebih panjang hingga menyentuh kasut berlebihan. Pemotongan cropped amat digalakkan.
    Mempamerkan sedikit buku-lali apabila berdiri merupakan ukuran seluar panjang yang sesuai.
c) Dandankan bersama tali leher yang berjalur, selalu-nya menambahkan sedikit texture amat sesuai.

Si tinggi lampai
a) Bentuk badan yang mudak didandan dan boleh meragakan pelbagai jenis pakaian dan bentuk silhouette yang lain.
b) Kasut berbentuk tajam harus dielakkan supaya tidak kelihatan aneh.

Akan bersambung. Bab seterus-nya akan menceritakan pakaian-pakaian kasual dan aksesori
Sekian guys


2200 Putra Heights,
Kwai

Friday, March 20, 2009

Ku Mencari Si Tukang Jahit Idaman Tanah Air (Bab 1)


Semua orang tahu akan kegawatan ekonomi, dan ayat cash is king merupakan prinsip hidup kita
Aku perlukan two piece blazer dengan tidak membakar dompet-ku. Aku membuka laman web MEN.STYLE.COM dan melihat segala jenis suit yang dipamerkan oleh pereka- pereka antarabangsa. Antara kegemaran-ku termasuk pereka ADAM KIMMEL, MARTIN MARGIELA dan juga UNITED ARROWS. Semestinya produk- produk berjenama ini mahal dan tidak dapat dicari di tanah air, lalu aku berfikir, dimanakah akan-ku cari tempat yang boleh, bukan meniru, tapi mempunyai kemahiran dan craftsmanship seperti jenama- jenama antarabangsa. Aku hairan kenapa tukang- tukang jahit tanah air tidak begitu inovatif akan fit dan keseimbangan sebuah jaket terhadap badan seseorang.

Memang-lah mereka berpengalaman dalam bidang jahitan pakaian lelaki, dan teknik- teknik mereka amat cekap, tetapi jika aku melihat rakyat-ku, abang- abang Melayu lain memakai suit, aku tertanya mengapa mereka tidak kelihatan begitu segak seperti lelaki- lelaki di New York atau Paris memakai suit mereka. Misalnya, minggu lepas aku berjumpa seorang kawan ayah-ku bernama Encik Fikri, dan ingin tertawa akan pemakaian-nya. Bentuk kot-nya begitu "kotak" apabila dia memakai-nya sehingga dia kelihatan agak gemuk berbanding dengan saiz asal-nya. Bahu-nya kelihatan begitu luas dan bentuk seluar-nya pula membuat Encik Fikri tidak berlutut. 

Lebih- lebih lagi, baru sahaja 15 minit kami berjumpa, Encik Fikri sudah berpeluh bagaikan seorang peserta di London Marathon.

Sebagai seorang di dalam industri kreatif, aku menyelidik kesalahan- kesalahan pembuat suit di Malaysia dan cara seorang pemakai suit memakai-nya.

Blazer
Ramai tidak tahu, tetapi aku rasa blazer merupakan satu pelaburan yang bagus di dalam almari seseorang lelaki. Jika kamu menggunakan blazer untuk bekerja, aku syorkan supaya memilih warna yang biru tua/pekat hingga ke kelabu tua atau cair. Jangan sesekali menghabiskan duit untuk suit hitam. Pada pendapat aku, warna hitam hanya untuk majlis- majlis formal sahaja dan jika suit hitam tidak bekualiti tinggi,anda akan kelihatan antara seorang receptionist di sebuah restoran dan seorang bodyguard untuk seorang presiden.

Jenis blazer pula, aku pilih single breasted two button sebagai pilihan yang selamat dan lapel yang sederhana saiz-nya. Terdapat kebanyakan rakyat Malaysia memakai jenis single breasted three button dan aku bingung akan ke-tidak sedaran mereka memakai blazer sebegini dan kelihatan agak "kotak" dari segi bentuk badan mereka. Blazer jenis single brested one button juga pilihan yang bagus, kerana boleh di-kasualkan bersama seluar denim dan kasut kasual, tetapi untuk orang yang berani memakai dan yakin akan cara memakainya. Ada yang memakai blazer dengan tiada keyakinan diri sehingga membuat mereka kelihatan memakai blazer yang baru dicuri tadi. Aku tidak langsung syorkan jenis blazer double breasted lagi- lagi jika di pakai di negara kita ini. Ia hanya dapat memanaskan kamu dengan lebih cepat dan kerap kali kamu akan rimas membutang penuh blazer tersebut sehingga kelihatan "gedebeh", bak kata mama-ku.

Bagaimana pula dengan bentuk dan fit? Oleh kerana negara kita amat panas, tukang- tukang jahit seharusnya memikir faktor ini. Sebagai seorang pereka, satu langkah atau cara kita berfikir adalah untuk mereka sesuatu yang boleh menyenangkan atau menggembirakan seseorang. Jika membuat sejenis bentuk blazer sahaja seumur hidup tanpa memberi cabaran untuk mengemaskinikan pakaian tersebut mengikut citarasa pelanggan dan peredaran zaman, ini merupakan sifat seorang pereka yang tidak lengkap.

a) Kain
Semestinya harus-lah menggunakan kain atau mengsyorkan kain- kain yang sesuai dengan cuaca kita. Misal-nya kain linen atau cotton. Kebanyakan tukang- tukang jahit tanah air ingin mempamerkan kepada pelanggan- pelanggan kain yang mahal yang merupakan kain wool yang dikategorikan seperti super 100s, super 120s, super 140s dan sebagainya untuk keuntungan para pereka sahaja. Pereka- pereka antarabangsa seperti KILGOUR dan RICHARD JAMES telah mengeluarkan blazer- blazer untuk musim panas dan masih kekalkan faktor elegance jika pemakai tersebut ingin memakai pakaian tersebut di acara- acara yang formal.

b)Bentuk blazer
Malaysia merupakan kadar rakyat overweight yang paling tinggi di Asia Tenggara. Ini merupakan masalah yang agak besar dan berita yang agak mengecewakan bagiku. Sebelum aku mencari jalan untuk menghapuskan masalah ini, kita boleh menyembunyikan masalah tersebut dengan pemakaian yang tidak menonjolkon kadar obesiti seseorang. Blazer tersebut harus-lah direka pendek sedikit supaya tidak merendahkan paras ketinggian seseorang ( Lelaki tanah air, termasuk aku tidak dianugerahkan ketinggian berbanding dengan lelaki- lelaki lain). Lengan lelaki Melayu juga harus dipertikaikan, oleh itu, bentuk armhole di blazer tersebut haruslah ditinggikan supaya bentuk badan mereka kelihatan lebih langsing. Blazer pula tidak sepatutnya kelihatan longgar, dan tidak sepatutnya kelihatan sendat, tetapi hanya memberi ruang yang tipis untuk pergerakan. Mesti-lah, seseorang lelaki tidak akan melakukan kegiatan aktif apabila memakai suit, kecuali beliau James Bond atau seorang yang bekerja sebagai detektif.

Akan bersambung, segmen ini terdapat beberapa bab jadi harap bersabar.

1629 Putra Heights,
Kwaidan Tarmizi






Monday, March 9, 2009

Kasut Loafer Kembali, Tetapi Kali Ini Tidak Kelihatan Begitu "Uncle Yong"

Bukankah ia adalah satu item yang mengerikan ketika dahulu, jadi, di manakah comeback-nya?
Para penyelidik Bohari Hashim dari pasukan blog ini telah mendapati sudut- sudut rekaan loafer pada tahun 2009 berbeza dengan yang dahulu, dan ini merupakan berita yang baik kepada para bakal PMT boleh jauhkan diri daripada
persamaan dengan Pak Cik Yong di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, ataupun Raja Akmal Hackett di Asian Heritage Row. Gambar di atas merupakan loafers yang mempunyai lafaz yang baru, teruatamanya bahagian tapak, yang dinaikkan inci untuk melangsangkan ketinggian seseorang, dan juga warna- warna yang segar- bugar apabila di gaulkan bersama pakaian kamu.

1430 Taman Tun Dr Ismail
Kami mendapat SMS dari seorang jejaka yang bernama Firdaus yang ingin berterima kasih kepada tips gaya pada hari ini. Beliau amat meminati penggabungan loafers dan plaids telah pun berbini dua setelah gaya sebegini dimuatkan dalam pakaian seharian beliau. Syabas Firdaus kami ucapkan!

0928 Subang Jaya
KT

Penambahan Gaya 101



Tidak dapat dinafikan Kuala Lumpur sebuah kota yang panas.
...Dengan bahangnya lagi, kaum Adam seperti kita akan berpeluh bagaikan seorang penyerta marathon di New York. Hiraukan sotong-sotong yang mendandankan diri mereka dengan selendang, apa yang kamu sekalian patut buat adalah memulakan satu pelaboran dengan sekeping kain kecil bernama pocket square.

1045: Sebuah kedai kopi di Changkat Bukit Bintang.
Gaafar telah melaporkan kepada kami bahawa dia telah mendapat kepujian daripada salah satu teman wanitanya, Kelly tentang kain kecil yang dilipat secara teliti di kocek kot-nya. Hari tersebut amat bermakna bagi Gaafar kerana dia telah berjaya berterus- terang kepada Kelly tentang fantasi-nya untuk mentiga-kan mereka dengan lagi satu sahabat di tempat kerja Kelly bernama Siti. 

Kami dari persatuan PMT ingin mengucapkan syabas kepada Gaafar dan ingat,
"hidup kena selamba, ayat kena power"

0855 Kuala Lumpur,
KT

Labels

Pemantau